Tuesday, December 7, 2021

TOKUGAWA IETASU - Tokoh Jepun

TOKUGAWA IEYASU (1603-1616 )


LATAR BELAKANG

Tokugawa dilahirkan pada 31 January 1543 di Mikawa. Nama sebenarnya ialah Matsudaira Takechiyo. Beliau  dikenali sebagai Takechiyo semasa kanak-kanak. Gelaran semasa dewasa pula ialah Motoyasu. Anak sulung Matsudaira  Hirotada iaitu  ketua pewira dari Okazaki. Beliau mempunyai 19 orang isteri.

Semasa Tokugawa kanak-kanak beliau  pernah menjadi tawanan Oda Nobuhide. Tahun 1549, semasa umur Tokugawa Ieyasu 22 tahun ayahnya Hirotada meninggal dunia. Dalam masa yang sama Oda Nobuhide juga meninggal dunia. Selepas kematian ayahnya harapannya untuk muncul sebagai seorang daimyo musnah kerana pengaruh ke dua tokoh iaitu Imagawa dan Oda.  Pada tahun 1566 kerajaan Imperial mengiktirafkan kuasanya dan memakai nama keluarga Tokugawa dan Toyotomi Hideyoshi juga mengiktirafkannya sebagai sekutunya yang paling berpengaruh. Pada tahun 1567 beliau  juga menjadi pemerintah Mikawa.

Beliau dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Pemangku Raja. Kredibilitinya tercabar selepas kematian Toyotomi Hideyoshi  di mana satu pertelingkahan untuk mendapatkan kuasa meletus di antara Tokugawa Ieyasu dan Ishida Mitsunari.Keadaan ini manyebabkan satu pertempuran meletus dan paling hebat dalam sejarah Jepun dinamakan Pertempuran Sekigihara pada tahun 1600. Tokugawa Ieyasu disokong oleh sekutu seperti Asano Ukinaga, Kuroda Nagamara dan lain-lain lagi. Manakala Mistunari disokong oleh tentera Daimyo Iaitu Mori Terumoto, Ukita Hideie, Mori Hidemato dan Syimzu Yoshihiro.Pertempuran ini melibatkan 160.000 orang askar yang sama kuat.Tokugawa Ieyasu memenangi peperangan in kerana mempunyai lebih banyak pengalaman dalam taktik peperangan dan pertempuran. Mitsunari pula dihukum mati pada 6 November 1600 Masehi. Antara Toyotomi Hideyoshi dan Oda, Ieyasu adalah salah satu dari tiga panglima yang menyatukan Jepun pada Zaman Sengoku. 

Beliau memerintah dari tahun 1600 ( rasminya 1603 ) hingga turun takhta pada tahun 1605.  Tokugawa Ieyasu dilantik menjadi Syogun pada tahun 1603 tetapi 2 tahun kemudian beliau meletak jawatan dan digantikan dengan anaknya Hidetada. Alasan perletakan jawatannya ialah azamnya untuk memperkukuhkan Kesyogunan Tokugawa dan tindakan ini menunjukkan jawatan tersebut hanya akan diwarisi oleh ahli-ahli keluarga Tokugawa.

Beliau terkenal sebagai Daimyo yang terkuat di Jepun,namun begitu beliau juga mempunyai ramai musuh termasuk Hideyori (anak Toyotomi Hideyoshi) dan pertikaian ini telah meletus antara mereka.Dalam tahun 1614 angkatan seramai 70,000 orang tentera yang dipimpin oleh Hidetada (anak Tokugawa ieyasu) telah menyerang istana Hideyoshi di Osaka.Hideyoshi dan angkata tentera seramai 100.000 telah kalah dan ini menyebabkan Hideyoshi membunuh diri.

Oleh itu Tokugawa Ieyasu muncul sebagai pemimpin yang unggul di Jepun. Kemenangannya berjaya mendominasi politik dan menyatukan Jepun. Beliau juga berjaya mengasaskan Kesyogunan Tokugawa iaitu kerajaaan berbentuk tentera yang paling lama tempohnya mendominasi politik Jepun promoden.

Pemerintahan Kesyogunan Tokugawa selama 264 tahun disebut sebagai Zaman Edo atau Zaman Tokugawa . (kerana ibu kota terletak di Edo yang sekarang disebut Tokyo). Zaman Edo ( 1603 – 1867 ) adalah satu zaman dalam sejarah yang dimulai sejak Syogun pertama (Tokugawa Ieyasu) mendirikan Kesyogunan Tokugawa di Edo yang berakhir dengan pemulihan kekuasaan kaisar dari tangan syogun yang terakhir iaitu Tokugawa Yoshinobu yang mengakhiri kekuasaan Kesyogunan Tokugawa yang berlangsung selama 264 tahun. Zaman Edo juga dikenali sebagai  Zaman Moden di Jepun.  

Keshogunan Tokugawa (Tokugawa Bakufu 1603-1868 ) atau Kesyogunan Edo adalah pemerintahan diktator feudalisme di Jepun yang didirikan oleh Tokugawa Ieyasu dan secara turun temurun dipimpin oleh Shogun keluarga Tokugawa. Selain itu Kesyogunan Tokugawa adalah diktator Samurai ketiga dan terakhir di Jepun setelah Kesyogunan Kamakura dan Kesyogunan Muromachi.

 

SUMBANGAN TOKUGAWA 

Zaman Kesyogunan Tokugawa Ieyasu merupakan kerajaan bentuk tentera yang paling lama tempoh mendominasikan politik pra moden Jepun.Beliau merupakan seorang syogun yang agung kerana telah menjadi negara Jepun berbanding dengan dua tokoh agung Syogun pada zaman Sengoku Jidai (Syogun Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi).

Pemerintahan bercorak feudalisme diamalkan kerana ia berperanan mencorak dan merupakan unsur-unsur penting dalam pentadbiran.Bentuk pentadbiran feudalisme (Bakufu Tokugawa) Ini dibentuk untuk memberikan pemerintah samada Syogun Tokugawa Ieyasu atau penggantinya mentadbir negara Jepun melalui kuasa mutlak.

Syogun Tokugawa telah memperkenalkan beberapa dasar penting untuk mengukuhkan Kesyogunan dan bermatlamat untuk melemahkan kuasa-kuasa Daimyo(tuan tanah Feudal).Dasar ini diperkenalkan kerana kebimbangan mengenai konsep kesetiaan daripada kuasa Daimyo yang berpotensi dan berkeupayaan menggugat Kesyogunan Tokugawa.Antara dasar-dasar tersebut ialah satu sistem kawalan, mengenakan beberpa sekatan ke atasa Daimyo dengan memberikan tugasan yang dianggap membebankan sumber kewangan iaitu membaiki kerosakan istana.

Beliau juga memperkenalkan peraturan menghadkan keluasan istana dan perkahwinan di kalangan Daimyo dikawal.Selain itu suatu kod panduan tatatertib dan kelakuan diperkenalkan. Bagi mengukuhkan kekuatannya melalui pengumpulan harta kekayaan dan membendung kegiatan kelas tentera.

Tokugawa Ieyasu  juga telah mewujudkan struktur politik yang mengekalkan kuasanya ke atas semua lapisan masyarakat feudal Jepun termasuk maharaja dan golongan bangsawan istana.

Shogun Tokugawa Ieyasu telah berjaya menyatukan negara Jepun dengan menewaskan musuhnya di Peperangan Sekigahara pada tahun 1600. Selain itu beliau juga memindahkan ibu negara ke Edo ( tokyo ) lalu menubuhkan era Shogun Tokugawa. Beliaulah yang membawa kepada Zaman kestabilan dan keamanan.Memulakan ”dasar pemencilan” pada tahun 1638 dengan memerintahkan semua orang Portugis meninggalkan Jepun. 

Dari segi pendidikan, Shogun telah mendirikan sekolah-sekolah elit untuk anak-anak Samurai serta mendirikan hampir 60 000 sekolah kampung (Terakoya) untuk anak-anak petani.  Dalam pendidikan juga penekanan kemahiran asas membaca,menulis dan mengira merupakan sukatan utama. Pembelajaran bahasa Belanda dan kajian terhadap buku-buku klasik  Cina dan kung Fu Tze. Begitu juga seni lukis berkembang seperti puisi, sastera dan sebagainya.



No comments:

Like TITAS

Followers

Subhanallah!

Anda Suka Blog Ini???

Beri Sokongan