السلام عليكم ورحمة الله



Salam Sejahtera! Selamat datang ke blog Sifu Haba. Blog ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mengikuti Interaksi kursus TITAS dan Kursus Tamadun Islam dan Asia & Falsafah dan Isu Semasa di Institut Pendidikan Guru Malaysia dan IPTA/IPTS. Saya mengalu-alukan kunjungan anda semua. Sekiranya ada apa-apa komen, perbincangan, persoalan dan sebagainya sila catatkan di bahagian 'comments' di akhir setiap post. Terima kasih... Salam Tamadun.

Friday, July 24, 2009

Sumbangan Islam Dalam Bidang Zoologi

by Anon

ZOOLOGI

Pengenalan
Zoologi adalah disiplin ilmu dari biologi yang secara khusus mempelajari haiwan.

Dalam salah satu ayat Al Qur’an yang diturunkan di masa awal, Allah mengarahkan perhatian masyarakat Arab kepada unta, haiwan yang menjadi bagian kehidupan mereka sehari-hari: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?” (Al Ghaasyiyah, 88:17)


Tokoh Islam Dalam bidang Zoologi

1. Al Jahiz
Al-Jahiz ialah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku "The Book of Animals" atau kitab al Haiwan(Buku Tentang Haiwan).Kitab ini menyentuh tentang psikologi haiwan, persaingan antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi kepada alam sekitar. Beliau telah mengkaji lebih dari 350 jenis haiwan

Beliau telah membahagikan haiwan kepada jenis terbang, berenang dan berjalan. Haiwan yang berjalan dipecahkan pula kepada haiwan bertutur seperti manusia dan haiwan mendatang seperti binatang buas, liar dan serangga.

Pada awal pelopor sains zoologi dan antropologi, Al-Jahiz telah menemui bahawa kesan alam sekitar terhadap kehidupan haiwan dan juga memerhati perubahan spesies haiwan berdasarkan beberapa faktor.

Satu lagi karya beliau ialah “Al Qaul fi al Baghal” yang membicarakan tentang asal kaldai, sifat dan kehidupannya.


2. Asma'i dari Basrah(739-783 M)
Nama sebenar beliau Abd Al-Malik Ibn Quraib Al-Asmai.Abd Al-Malik merupakan seorang philologis yang membuat sumbangan berharga dalam bidang Zoologi, Botani, dan penjagaan haiwan.
Beliau telah menulis beberapa buah buku seperti "Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al-Wuhusy, Kitab al-Sya' (mengenai biologi haiwan) dan Kitab al-Khalq al-Insan" yang terakhir mendedahkan mengenai anatomi manusia.


3. Al-Damiri
Beliau telah menghasilkan "Hayat al-Hayawan" dan dicetak beberapa kali di Kaherah, sebahagiannya diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh A.S.G. Jayakar.

No comments:

Buku Pelawat:


PARA PENGUNJUNG DAN PELAJAR YANG MELAWAT BLOG INI SILA SUBSCRIBE, DAFTAR DIRI SEBAGAI FB FOLLOWERS ATAU BOOKMARK DI BAWAH UNTUK DAPATKAN POST SETERUSNYA. TERIMA KASIH

Bookmark blog ini:

Tekan Control + D

Like TITAS

Anda Suka Blog Ini???

Beri Sokongan

Anda suka Blog ni? Belanja saya Kopi!

Anda suka Blog ni? Belanja saya Kopi!