السلام عليكم ورحمة الله



Salam Sejahtera! Selamat datang ke blog Sifu Haba. Blog ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mengikuti Interaksi kursus TITAS dan Kursus Tamadun Islam dan Asia & Falsafah dan Isu Semasa di Institut Pendidikan Guru Malaysia dan IPTA/IPTS. Saya mengalu-alukan kunjungan anda semua. Sekiranya ada apa-apa komen, perbincangan, persoalan dan sebagainya sila catatkan di bahagian 'comments' di akhir setiap post. Terima kasih... Salam Tamadun.
Showing posts with label Sumbangan tamadun. Show all posts
Showing posts with label Sumbangan tamadun. Show all posts

Friday, July 24, 2009

Islam dan Sains

By Anon


PENGENALAN

Sains dan Teknologi yang ada pada hari ini adalah hasil daripada perkembangan yang berlaku semenjak beribu-ribu tahun yang lalu melalui beberapa tamadun manusia. Ia merupakan daya usaha manusia memahami alam dan seterusnya berikhtiar untuk meningkatkan kesejahteraan hidup mereka. Setelah mengalami perubahan yang begitu pesat mengikut keperluan masyarakat.


TAKRIF SAINS

Kamus Oxford (1983), mentakrifkan sains sebagai cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang bersistem terhadap fenomena alam semula jadi.


PEMBAHAGIAN SAINS

Sains boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu Sains Tabiin,Sains Gunaan dan Sains Sosial

Sains Tabi’e
Sains tabi’e dikenali juga sebagai sains tulen , Sains Tulen (Natural Science) merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji benda-benda nyata di bumi ini. Bidang ini merangkumi:
i. Biologi
ii. Fizik
iii. Kimia

Dalam al-Quran ada ayat-ayat yang menyentuh sains tabi’eseperti firman Allah yang bermaksud:
"Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkun hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunun¬gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan demikian (pula) dl antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang- binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagiMaha Pengampun" (Faathir 35 : 27&28)

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menerangkan bahawa bagaimana kejadian fenomena hujan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai spesis. Begitu juga dengan melihat kejadian gunung-ganang yang berbeza yang memberikan hasil yang berbeza pula kepada manusia. Begitu juga dengan kejadian kehidupan binatang buas dan binatang yang dijadikan ternakan yang boleh diambil manfaat darinya. Begitu pula dengan kejadian manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang mempunyai pelbagai adat resam dan budaya.

Di atas dalil kenyataan segala penciptaan menimbulkan ketinggian iman dan rasa tanggungjawab terhadap makhluk dan tuhanNya

Sains Gunaan

Sains gunaan ialah kajian yang lebih menekankan kepada keperluan-keperluan jangka pendek atau jangka panjang atau untuk menghasilkan pengeluaran-pengeluaran dalam bidang yang mempunyai nilai amali, contohnya : bidang perubatan, pertanian dan lain-lain lagi.

Sains Sosial
Sains Sosial ialah kajian terhadap kelakuan individu atau masyarakat serta tindak balasnya terhadap alam sekitar.
sebenarnya ilmu sains sosial atau kemanusiaan ni sudah lama wujud sejak dizaman Rasulullah lagi yang mana baginda sendiri sering menekankan berbuat baik dengan jiran tetangga,adab-adab dengan guru dan sebagainya.


KEDUDUKAN DAN PERANAN SAINS DALAM ISLAM

Islam melihat sains dan agama itu suatu yang bersifat bersepadu. Sians tidak mampu dipisahkan daripada nilai-nilai keagamaan. Agama menjadi pengawal kepada segala perlakuan manusia termasuklah dalam bidang sains dan teknologi. Islam melihat sains sebagai satu perkara yang amat penting kerana dengan sains dan teknologi manusia berupaya:
a) Mengenal Tuhan (Allah)
b) Menegakkan hakikat kebenaran
c) membawa mausia kepada sifat tafakkur dan dapat mengenali Allah
d) Membantu manusia memenuhi keperluan material
e) Membantu manusia dalam pelaksanaan Syari’at.

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 20 yang bermaksud :
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin”

Dari ayat di atas lebih jelas, bahawa alam yang dicipta Allah SWT ini adalah tertaluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia dengan tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuklah dari sudut teknologi. Teknologi dibangunkan dan dimajukan demi memelihara dan meningkatkan kualiti kehidupan kerohanian.

f) Menjaga keseimbangan dan keharmonian alam.

Thursday, July 23, 2009

Sumbangan Tamadun

by Anon

KEAGUNGAN sesebuah empayar atau bangsa banyak bergantung pada pencapaiannya dalam pelbagai bidang. Pencapaian ini, akhirnya menjadi sumbangan tamadun manusia kepada peradaban dunia yang kekal mempengaruhi perjalanan masyarakat dunia sejak dulu hingga kini.
Lihat bagaimana besarnya sumbangan tamadun dunia seperti Mesir, Mesopotamia (Babylon), Yunani, Rom, Parsi, China, India, Jepun, Eropah dan paling penting, tamadun Islam dengan keunggulannya berbanding tamadun lain yang pernah dibina dan dicatat dalam sejarah dunia.
Bagi Malaysia, dalam usaha menyusun perancangan untuk melayakkan kita mencapai taraf masyarakat hadhari, 10 prinsip digariskan sebagai panduan mencapai matlamat itu. Antara prinsip paling asas adalah keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi; kemerdekaan jiwa daripada sebarang bentuk belenggu; penguasaan ilmu pengetahuan; keseimbangan pembangunan ekonomi, keutuhan akhlak serta budaya dan keampuhan sistem pertahanan.
Prinsip ini juga yang mendasari tamadun Islam dan menjadikan ia berbeza dengan tamadun lain di dunia.
Tiga ciri utama tamadun Islam adalah akidah suci dan kukuh kepada Allah; syariah yang dijadikan panduan serta peraturan hidup dan akhlak mulia. Ciri itu yang membuatkan pembinaan tamadun gemilang oleh umat Islam lebih bererti berbanding bangsa lain di dunia.
Tamadun Islam yang berasaskan prinsip suci, contohnya yang diwakili oleh Kerajaan Bani Ummayyah (Damsyik: 41-133 Hijrah/ 661 -750 Masihi. dan Andalus: 139-423 Hijrah./756-1031 Masihi) dan Bani Abbasiyyah (Baghdad: 132-656 Hijrah/750-1258 Masihi) memperlihatkan keunggulan yang tidak terbanding.
Ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Damsyik berkembang dengan pesat dan meliputi bidang bahasa, sastera, sains, perubatan serta ilmu agama seperti hadis, fiqh, tafsir dan tauhid. Antara kota yang menjadi tumpuan perkembangan ilmu adalah Kufah dan Basrah di Iraq (ilmu bahasa serta sastera).
Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Andalus pula berkembang lebih pesat, selain berjaya membina tamadun lebih besar dalam pelbagai aspek agama dan bukan agama.
Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada abad keempat Hijrah/10 Masihi. Bangsa Eropah memperoleh manfaat daripada perkembangan ini.
Mereka berpeluang mempelajari banyak ilmu Islam yang berkembang di seluruh Andalus. Ia bukan saja di Cordova, malah bandar lain seperti Seville, Toledo dan Granada.
Bagi Kerajaan Abbasiyyah pula, kegemilangannya juga setanding Bani Ummayyah di Andalus.
Kota Baghdad seperti Cordova juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan tamadun Islam, terutama pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-Ma'mun. Kegemilangan zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah berwibawa ini mendorong sejarawan menamakannya Zaman Keemasan Kerajaan Abbasiyyah.
Hal ini kerana, pada zaman itu, kegiatan ilmiah berkembang dengan amat pesat melalui penulisan buku, penterjemahan, hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara maju luar, termasuk di Eropah, India dan China secara meluas.
Hasil kegiatan ilmiah ini melahirkan ramai tokoh ulama, ahli bahasa, sastera dan tokoh dalam bidang ilmu yang lain, termasuk bidang astronomi, astrologi, matematik, perubatan seni muzik dan falsafah. Kesan dan pengaruh kegiatan ilmiah ini terhadap dunia luar amat besar.
Berbicara mengenai Baghdad yang diasaskan oleh al-Mansur pada 762 Masihi atau nama asalnya Madinah al-Salam, tentunya tidak lupa untuk mengaitkannya sebagai salah satu ikon utama tamadun Islam. Kedudukan penting Baghdad membanggakan, namun yang tragisnya, kota itu kerap menjadi tumpuan misi kehancuran oleh manusia yang tidak bertamadun.
Serangan dan kemusnahan ke atas Baghdad bagaikan pita rakaman yang diulang berkali-kali. Apa yang menyedihkan, keruntuhan Baghdad turut meruntuhkan bersama-samanya asas keyakinan umat Islam bahawa mereka masih boleh membina tamadun berpandukan kegigihan dan usaha keras generasi sebelumnya.
Kota agung kebanggaan Islam ini mengalami kehancuran buat pertama kalinya ketika pemerintahan al-Mu�tasim (1258 Masihi) apabila Hulagu Khan, iaitu cucu Genghiz Khan yang memimpin 200,000 tentera kejam Mongol menyerang Baghdad.
Khalifah, pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai Tigris. Bangunan yang menjadi mercu tanda kegemilangan Islam dirobohkan.
Demikian juga Baitul Hikmah, universiti dan madrasah yang menjadi nadi penggerak perkembangan tamadun dunia pada zaman itu turut dimusnahkan. Sungai Tigris juga menjadi saksi terpadamnya khazanah ilmu Islam yang dihumban ke dalamnya, lalu menukar airnya menjadi lautan tinta yang pekat.
Kehancuran dan keruntuhan kota Baghdad sering diratapi oleh umat Islam sama ada pujangga mahupun orang biasa. Ibn Juzayy (1321-1356/8 Masihi), sasterawan muda Andalus yang dititah Sultan Abu �Inan supaya bekerjasama dengan Ibn Battutah dalam penghasilan karya Rihlah Ibn Battutah, turut memetik syair ilham Abu Tamam Habib ibn Aus.
Beliau seolah-olah dapat melihat sendiri tragedi yang menimpa Baghdad:
�Demi Allah, sesungguhnya tinggal di Baghdad seorang yang mengumumkan kematiannya.

�Tangisilah, tangisilah akan keruntuhan zamannya. Pada suatu masa dulu, ia tetap gemilang walaupun peperangan menyala, lalu api dipadamkan, sedikit di segenap pelosoknya.
Manusia mengharapkan detik gemilangnya akan kembali tiba, tetapi kini, segala harapan yang disimpan menjadi suram laksana wanita tua yang meninggalkan zaman mudanya dan hilang kecantikan yang menghiasi dirinya.�
Dari satu aspek, kehancuran kota Baghdad dan kemusnahan ribuan monumen yang melambangkan kegemilangan tamadun Islam zaman silam haruslah pula ditanggapi dengan penuh keinsafan, bijaksana dan jiwa terbuka. Ada limpahan rahmat yang tidak terlihat oleh pandangan mata di sebalik keruntuhan dan kehancuran kota warisan Islam serta monumen yang melambangkan tamadun yang bermula sejak kurun ketujuh ini.
Keruntuhan Baghdad buat kesekian kalinya oleh Amerika Syarikat pada 12 April 2003 membawa rahmat Ilahi yang mungkin tidak terjangkau dek pemikiran manusia terbatas.
Kehancuran monumen berharga dan kemusnahan muzium serta perpustakaan (termasuk perpustakaan al-Quran di Kementerian Wakaf Agama di sekitar kota Baghdad yang menyimpan khazanah tidak ternilai harganya turut menghancurkan jiwa umat Islam seluruh dunia.
Kita harus menerimanya dengan penuh reda dan insaf. Inilah cabarannya untuk kita umat Islam, khususnya di Malaysia untuk kembali bangkit membina semangat dan kekuatan agar berupaya membina tamadun gemilang, jika pun tidak setanding Baghdad.
Gagasan idea dicetuskan dan yang tinggal hanya kesungguhan untuk membuktikan bahawa kita berkeupayaan menjadikan cita-cita murni ini bukan sekadar mimpi atau khayalan, tetapi benar-benar suatu kenyataan.
Lebih penting, buktikan juga bahawa tamadun yang dibina itu tidak sesekali akan terikat dengan tuntutan alam, sejarah mahupun resam dunia iaitu yang berada di puncak pasti akan kembali ke tanah semula.
Dengan kata lain, kita mesti berusaha menghindari perkara negatif, hasil perbuatan sendiri bagi memastikan pencapaian tamadun kita sentiasa berada pada tahap cemerlang dan gemilang.

Buku Pelawat:


PARA PENGUNJUNG DAN PELAJAR YANG MELAWAT BLOG INI SILA SUBSCRIBE, DAFTAR DIRI SEBAGAI FB FOLLOWERS ATAU BOOKMARK DI BAWAH UNTUK DAPATKAN POST SETERUSNYA. TERIMA KASIH

Bookmark blog ini:

Tekan Control + D

Like TITAS

Anda Suka Blog Ini???

Beri Sokongan

Anda suka Blog ni? Belanja saya Kopi!

Anda suka Blog ni? Belanja saya Kopi!