Friday, July 24, 2009

Sumbangan Islam Dalam Bidang Botani

BOTANI

Pengenalan
Botani merupakan salah satu bidang kajian dalam biologi yang mengkhususkan diri dalam mempelajari seluruh aspek biologi tumbuh-tumbuhan.Dengan demikian, dalam botani dipelajari semua disiplin ilmu biologi untuk mempelajari pertumbuhan.metabolisme, perkembangan, interaksi dengan komponen biotik dan abiotik, serta evolusi tumbuhan.Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu

Tokoh Botani

1. AL JAHIZ (164-255H / 780 – 868M)
Beliau ialah Abu Osman Amru b. Bahr yang bergelar Al Jahiz (besar) kerana matanya yang besar, lahir, membesar dan meninggal di Basrah Iraq.
Diriwayatkan beliau telah menghasilkan 350 buah buku di dalam berbagai bidang seperti biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi, perdagangan dan geografi.Dalam bidang botani beliau telah menulis buku “Al Zar’u wa al Nakhl" dan "Al Ma’adin". Perbahasan buku ini selain menerangkan keadaan tumbuhan, ianya juga menyentuh masalah tanah dan serangga.


2. Ibn Al-Baitar

Beliau ialah Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar. Beliau merupakan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan.
Beliau lebih dikenali sebagai Ibn Al-Baitar, beliau dilahirkan di sebuah kota dikenali Malaqa atau Malaga di Sepanyol pada akhir kurun ke-12. Beliau belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati. telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan bahan galian. Karyanya al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami'fi al-Adwiyah al-Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi. Sebahagian karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman. Pada tahun 1219, beliau meninggalkan Sepanyol untuk menjalankan kerja-kerja mengumpul tumbuh-tumbuhan menerusi pengembaraan di bahagian utara susur pantai benua Afrika.Pengembaraan itu menjangkau sehingga ke benua Asia Kecil. Cara beliau mengembara sama ada di darat atau laut tidak diketahui sehingga hari ini.Bagaimanapun antara tempat-tempat yang beliau singgah dan lawati ialah Bugia, Qastantunia (Constantinople), Tunis, Tripoli, Barqa and Adalia. Sumbangan utama Ibn Baitar ialah Kitab al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan

3. Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M)
Beliau menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Belau adalah seorang doktor dari Mesir yang juga doktor peribadi kepada Salahuddin al-Ayubi.

4. Al-Ghafiqi (meninggal 1165M)
Beliau berasal dari Cordava telah berjaya mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika.Belau telah memberi nama tmbuh-umbuhan yang dikajinya dalam bahasa Arab, Latin dan Barbar. Beliau telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya Karya beliau iaitu “ Al-Adwiah Al-Mufaradhah” mengenai herba perubatan telah menjadi rujukan oleh pakar-pakar yang lain dalam bidang tersebut.

5. Al-Nabati
Beliau menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya.

No comments:

Like TITAS

Followers

Subhanallah!

Anda Suka Blog Ini???

Beri Sokongan