by Anon
FIZIK
Pengenalan
Fizik merupakan kajian tentang fenomena alam semulajadi - strukturnya dan dinamiknya, dari skala yang terkecil seperti elektron kepada yang terbesar seperti alam semesta. Ilmu ini mengenai jirim, tenaga, ruang, masa, pergerakan dan daya. Ia merupakan asas kepada kimia, biologi moden, sains bumi dan teknologi. Kejuruteraan, perubatan moden dan teknologi komunikasi dan maklumat bergantung erat kepada kemajuan dalam fizik.
Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat supaya manusia mengkaji dan meneliti fenomena Alam agar memahami serta mencapai ilmu pengetahuan dan dapat membina tamadun di dunia ini. Antaranya ayat menjelaskan , bahawa alam yang dicipta Allah SWT ini adalah tertaluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia dengan tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan.
Firman Allah :
“Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak pula yang lebih kecil dan tidak yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat ) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)" Surah Yunusayat 61
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin” (Surah Luqman Ayat 20)
Tokoh fizik Islam dan sumbangan mereka
1.Ibn Haitham (965-1040 M)
Nama sebenar beliau ialah Abu All Muhammad Hasan Ibn Al-Haitham.Beliau dikenali di Barat sebagai Alhazen Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah dan dianggap sebagai Bapa Optik Moden. Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.Beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan, dan falsafah.
2. Al-Biruni (973-1048M)
Nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Ketika hidupnya beliau banyak membincangkan dan menganalisis dengan mendalam akan konsep asas fizik seperti graviti , jirim dan ruang dan gerakan bumi dimana manafaatnya dapat kita kecapi hari ini.
3. Suhrahwadi
Beliau telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau menyatakan alam dan planet adalah tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing dari hukum graviti semesta. Eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena penting dalam optik. Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai ritis fizik
السلام عليكم ورحمة الله
Salam Sejahtera! Selamat datang ke blog Sifu Haba. Blog ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mengikuti Interaksi kursus TITAS dan Kursus Tamadun Islam dan Asia & Falsafah dan Isu Semasa di Institut Pendidikan Guru Malaysia dan IPTA/IPTS. Saya mengalu-alukan kunjungan anda semua. Sekiranya ada apa-apa komen, perbincangan, persoalan dan sebagainya sila catatkan di bahagian 'comments' di akhir setiap post. Terima kasih... Salam Tamadun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Buku Pelawat:
PARA PENGUNJUNG DAN PELAJAR YANG MELAWAT BLOG INI SILA SUBSCRIBE, DAFTAR DIRI SEBAGAI FB FOLLOWERS ATAU BOOKMARK DI BAWAH UNTUK DAPATKAN POST SETERUSNYA. TERIMA KASIH
Bookmark blog ini:
Tekan Control + D
2 comments:
I pick up this post for my school project..!! Syukraan.. ^_^ Salam Taaruf.
thanks . i amek neh as my asignment !
Post a Comment