Sunday, November 14, 2021

Perkembangan Tamadun Islam


Sejarah Islam menitikberatkan pembangunan politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan dalam ketamadunan Islam. Kebanyakan sejarawan[1] percaya bahawa Islam berasal dari Mekah dan Madinah bermula awal abad ke-7 Masihi. Di sisi orang Islam pula percaya Islam adalah pengembalian semula keimanan asal para Nabi terdahulu bermula sejak Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Daud, Sulaiman dan Isa, dengan penyerahan diri kepada Allah SWT.[2][3][4]


Menurut tradisi Islam, Nabi umat Islam, Nabi Muhammad telah menerima wahyu Allah, menyeru kepada penyerahan diri kepada Tuhan yang satu, mempercayai kewujudan Hari Pembalasan, mengambil berat terhadap golongan miskin dan memerlukan.[5] Seruan Muhammad telah memenangi hati sekumpulan pengikut dan telah menghadapi penentangan dan penindasan dari pembesar Mekah.[6] Pada 622, beberapa tahun selepas kehilangan perlindungan (himayah) dengan kematian bapa saudaranya yang berpengaruh, Abu Talib, Nabi Muhammad berhijrah ke bandar Yathrib (kini dikenali sebagai Madinah) dan menubuhkan sebuah negara, Negara Islam Madinah (Bahasa Arabدولة المدينة المنورة الإسلامية). Selepas kewafatan Nabi Muhammad pada 632, pemerintahan Islam diteruskan oleh Khilafah al-Rasyidin.


Dalam abad ke-8, Khilafah Umaiyah memperluas kawasan Islam dari Iberia di barat hingga ke Sungai Indus di timur. Bentuk pemerintahan sebagaimana yang diperintah oleh Khilafah Umaiyah dan Khilafah Abbasiyah (di Timur Tengah dan kemudiannya di Sepanyol dan Itali Selatan), FatimiyahSaljukAyyubiyah dan Mamluk merupakan antara kuasa paling berpengaruh di dunia. Empayar keparsian telah ditubuhkan oleh SamaniyahGhaznaviyahGhuriyah telah menghasilkan pembangunan yang penting. Zaman Keemasan Islam telah meningkatkan kemunculan pusat kebudayaan dan pusat ilmu dan melahirkan sarjana, polymathahli astronomimathematiciansahli fizik dan ahli falsafah semasa Zaman Pertengahan.


Sehingga awal abad ke-13, Kesultanan Delhi menguasai utara subbenua India, sementara Dinasti bangsa Turkik seperti Kesultanan Rom dan Negara Artuki menguasai Anatolia daripada Empayar Byzantine dalam abad ke-11 dan ke-12. Pada abad ke-13 dan ke-14, serangan Mongol memusnahkan dan Tamerlane (Timur) dari timur, seiring dengan kehilangan penduduk dalam pandemik Maut Hitam, telah melemahkan pusat kebudayaan dan keilmuan di dunia Islam, dari Parsi ke Mesir, tetapi menyaksikan kemunculan Kebangkitan Timuriyah dan kuasa ekonomi dunia yang utama seperti Empayar Mali di Afrika Barat dan Kesultanan Benggala di Asia Selatan.[7][8][9] Berikutan pengusiran dan perhambaan masyarakat Islam Moor dari Amiriah Sicilia dan wilayah Itali yang lain,[10] Pemerintahan Islam Sepanyol telah ditakluk secara beransur-ansur oleh tentera Kristian semasa peristiwa Reconquista. Walaupun begitu, dalam tempoh Awal Zaman Moden, negara-negara dalam Empayar Islam yang terpecah — Empayar Turki UthmaniyahEmpayar Iran Safawiyah dan Empayar India Mughal — muncul sebagai kuasa besar dunia.


Semasa abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan dunia Islam telah jatuh dan di bawah pengaruh atau dalam kawalan Kuasa Besar Eropah. Mereka berusaha untuk memperoleh kemerdekaan dan membina negara bangsa yang moden sepanjang dua abad ini dan bersambung hingga ke hari ini, dalam masa yang sama menghadapi konflik wilayah seperti di PalestinKashmirXinjiangChechnyaAfrika TengahBosnia dan Myanmar. Lokasi lubuk penghasilan minyak telah menstabilkan Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk, menjadikan mereka pengeksport dan pengeluar minyak terbesar dunia, yang mana memberi tumpuan kepada perdagangan bebas dan pelancongan.[11][12]


Sumber:

  1.  Watt, William Montgomery (2003). Islam and the Integration of Society. Psychology Press. m/s. 5ISBN 978-0-415-17587-6.
  2. ^ Esposito, John (1998). Islam: The Straight Path (3rd ed.). Oxford University Press. m/s. 9, 12. ISBN 978-0-19-511234-4.
  3. ^ Esposito (2002b), pp. 4–5.Templat:Full citation needed
  4. ^ Peters, F.E. (2003). Islam: A Guide for Jews and Christians. Princeton University Press. m/s. 9ISBN 978-0-691-11553-5.
  5. ^ "Key themes in these early recitations include the idea of the moral responsibility of man who was created by God and the idea of the judgment to take place on the day of resurrection. [...] Another major theme of Muhammad's early preaching, [... is that] there is a power greater than man's, and that the wise will acknowledge this power and cease their greed and suppression of the poor." F. Buhl & A.T. Welch, Encyclopaedia of Islam 2nd ed., "Muhammad", vol. 7, p. 363.
  6. ^ "At first Muhammad met with no serious opposition [...] He was only gradually led to attack on principle the gods of Mecca. [...] Meccan merchants then discovered that a religious revolution might be dangerous to their fairs and their trade." F. Buhl & A.T. Welch, Encyclopaedia of Islam 2nd ed., "Muhammad", vol. 7, p. 364.
  7. ^ Nanda, J. N (2005). Bengal: the unique state. Concept Publishing Company. p. 10. 2005. ISBN 978-81-8069-149-2Bengal [...] was rich in the production and export of grain, salt, fruit, liquors and wines, precious metals and ornaments besides the output of its handlooms in silk and cotton. Europe referred to Bengal as the richest country to trade with.
  8. ^ Lex Heerma van Voss; Els Hiemstra-Kuperus; Elise van Nederveen Meerkerk (2010). "The Long Globalization and Textile Producers in India"The Ashgate Companion to the History of Textile Workers, 1650–2000. Ashgate Publishing. m/s. 255. ISBN 9780754664284.
  9. ^ Imperato, Pascal James; Imperato, Gavin H. (25 April 2008). Historical Dictionary of Mali (dalam bahasa Inggeris). Scarecrow Press. m/s. 201. ISBN 9780810864023.
  10. ^ Julie Taylor, Muslims in Medieval Italy: The Colony at Lucera, (Rowman & Littlefield Inc., 2003), 18.
  11. ^ Sampler & Eigner (2008). Sand to Silicon: Going Global. UAE: Motivate. m/s. 15. ISBN 9781860632549.
  12. ^ "International – U.S. Energy Information Administration (EIA)"eia.gov.


Kredit: https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam

No comments:

Like TITAS

Followers

Subhanallah!

Anda Suka Blog Ini???

Beri Sokongan