Friday, July 24, 2009

Sumbangan Islam Dalam Bidang Matematik

by Anon

MATEMATIK

Pengenalan

Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baru yang menjadi ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam di dalam bidang ini ialah memperkenalkan sistem angka baru, termasuklah angka sifar. Sistem angka mula diperkenalkan ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem nombor ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik. Tanpa sistem nombor dan angka adalah amat sukar bagi manusia untuk menentukan kuantiti yang difikirkan atau yang diperlukan untuk penjumlahan.

Firman Allah
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). (Surah Al-Kahfi : 25)
Ini semua membuktikan bahawa ilmu Sains dan juga Ilmu Hisab sudah ada di dalam Quran, walaupun ianya di turunkan 1400 tahun yang lalu, tetapi apa yang patut kita sematkan dalam hati kita, Kitab Quran bukanlah kitab Sains, Ilmu Hisab atau Sejarah tetapi ianya adalah kitab pedoman kepada umat Islam dalam mengecapi kesejahteraan di dunia dan juga akhirat jika beramal dengannya.


Tokoh Matematik

1. Al-Khawarizmi

Nama sebenar beliau ialah Mohammad Bin Musa Al-Khawarizmi (Meninggal 840 M). Beliau dikenali di Barat dengan nama Algorizm, Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm..beliau amat terkenal dalam bidang ilmu matematik. Beliau adalah pengasas kepada ilmu algebra, malah nama algebra diambil bersempena dengan nama buku beliau Al-Jabr wal-Muqabilah.

Dalam bidang trigonometri, beliau mengetengahkan konsep sinus (sine) yang kemudiannya diperkembangkan kepada tangen. Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga diasaskan oleh Khwarizmi.

Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.
Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0).
Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.
Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.

Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan.

2. Umar al-Khayyam
telah memajukan lagi pengetahuan penemuan al-Khawarizmi dalam memuatkan pecahan-pecahan, persamaan geometrik dan algebra serta klasifikasi tentang persamaan. Proses mengkaitkan aljabar dengan Geometri telah pun dapat dilihat dengan jelasnya dalam penulisan al-Khawarizmi. Geometri analisis memerlukan tiga peringkat perkembangan iaitu penemuan sistem koordinat, mencantumkan perhubungan antara satu sama lain dalam kaedah aljabar dengan geometri, dan akhirnya menyatakan hubungan dalam bentuk geraf.

3. Al Bironi dan Trigonometri
Beliau menetapkan panjang sendeng bulatan1/10 lalu menentukan kosain dan seterusnya menjelaskan sendeng yang baki. Beliau juga mencipta kaedah untuk mengira ukur lilit bumi yang dinamakan kaedah Al Bironi.

Like TITAS

Followers

Subhanallah!

Anda Suka Blog Ini???

Beri Sokongan