Friday, July 24, 2009

Sumbangan Islam Dalam Bidang Astronomi

by Anon

ASTRONOMI

Pengenalan
Astronomi daripada sudut bahasa bererti ilmu bintang iaitu peraturan bintang - "law of the stars". Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi . Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.

Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam. Pengesahan dari al-Quran ke atas Ilmu Bintang serta kecenderungan orang Arab kepada ilmu ini menjadikan satu dorongan yang kuat kepada kajian terperinci tentang astronomi. Ilmu falak atau astronomi mendapat perhatian yang serius pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah sehingga diletakkan ke tahap yang ketiga selepas ilmu tauhid serta fiqh dan kedoktoran dari segi kepentingannya
.
Pada ketika itu, astronomi tidak hanya dipelajari dan dilihat dari perspektif keperluan ibadat khusus saja. Ia sebagai asas kepada perkembangan bidang sains lain seperti ilmu pelayaran, pengembaraan, ketenteraan dan pemetaan.

Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India bertajuk "Siddharta" ke dalam Bahasa Arab pada tahun 155H/771M. Seterusnya beliau menterjemahkan pula "Jadual Pahlavi" yang diberi nama "Zij",diikuti dengan penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa Yunani. Antara saintis-saintis Islam yang berjaya mengkaji ilmu astronomi terdiri daripada Yakub Ibn Tariq, al-Kwarizmi, al-Battati, al-Farghani, al-Suffi, al-Biruni, al-Tusi dan Umar al-Khayyam.

Balai cerap telah banyak dibina di kawasan wilayah Islam. Antaranya Jundishapur, Baghdad dan Tadammur. Terdapat juga balai cerap di Kaherah, Isfahan, Malaga, Almeria, Samarqand dan di bandar-bandar Islam yang lain.
Hasil pembinaan balai cerap juga dapat membantu pengkajian bagi menentukan arah kiblat yang tepat walau berada di mana sahaja kita berada di dunia termasuk di Malaysia.

Balai-balai cerap tersebut dilengkapi berbagai peralatan astronomi, antaranya termasuklah astrolab yang membolehkan yang berfungsi sebagai :

i. Mengukur jarak antara sesuatu bintang diukur,
ii. Pengukuran paksi bumi dan luas bumi.
iii. Alat ini juga boleh digunakan untuk mengira latitud matahari dan bintang-bintang di galaksi.


Tokoh Astronomi Islam

Al-Battani
Orang yang memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan sehingga hari ini. Al-Battani membuat hitungan mengenai tempoh masa bagi satu tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat.

2. Al-Khawarizmi
Beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna di dalam bidang astronomi. Beliaulah yang bertanggungjawab mencipta "safihah" sebagai penyempurnaan kepada alat astrolab yang dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim al-Fazari.

3. Ali bin Abd Rahman atau Ibn Yunus
Beliau menerbitkan satu jadual yang sangat berguna mengenai pengiraan waktu berdasarkan matahari seperti mengikut satu artikel dalam (David A King, 1986) yang bertajuk Ibn Yunus Very Useful Tables for Reckoning Time by The Sun.Tempoh perkiraan dengan teknologi sekarang mendapati tempoh it sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 46.08 saat. Beliau juga telah melaksanakan hampir seratus cerapan gerhana matahari dan bulan serta ijtimak planet. Dia melakukan cerapan sedemikian bagi menyemak data parameter planeteri yang dsediakan oleh ahli falak Yahya bin Abi Mansur, ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun (kira-kira pada tahun 810 Masihi).Hasil kajian Ibn Yunus menjadi sumber data bagi pembentukan model peredaran bulan termasuk pengiraan perubahan sekular (secular variations) bagi pergerakan bulan dan planet oleh S Newcomb (1878) dan R Newton (1970), yang diguna pakai sehingga hari ini.

4. Nasiruddin al-Tusi
Beliau merupakan ahli astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau berkhidmat sebagai pengarah di Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang dibina oleh Hulagu Khan. Di sinilah beliau menyusun jadual astronomi yang diberi nama "al-Zij al-Ilkhani" yang dikatakan sebagai tanda penghormatan beliau kepada Hulagu Khan, karya beliau termasyhur di seluruh Asia dan China.

5. Ibn al-Zarqiyali
Beliau mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu kegiatan perdagangan dan pelayaran telah berkembang dengan pesat.

6. Al Bategnius
Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani. Lahir di Harun (Turki) dan mati di Samarak, Iraq. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan lintang buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Beliau merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat.
bukunya “ Al Zaiju al Sabik". Bukunya terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim, ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya. Karangan– karangan beliau yang lain ialah “Zaiju al Ralqani" , “Syarah Arbau’u Maqolat Li Batlimous", “ Kitab Ta’ dil Kawakib" , “Kitab Ma’rifatul Matoli’u al Buruj fima Baina Arba’i al Falak"dan beberapa rencana di bidang geografi. Beliau merupakan seorang yang genius dalam bidang astronomi Islam kerana mampu menyatukan ketelitian kajian dan kemampuan mengembangkan teori astronomi sehingga digelar Batlimous Arab.

1 comment:

FootNote said...

Terimakasih gan, udah kasih posting tentang tokoh islam

Like TITAS

Followers

Subhanallah!

Anda Suka Blog Ini???

Beri Sokongan