Wednesday, November 23, 2016

Interaksi Tamadun Barat dan Islam

Interaksi Antara Tamaddun Islam dengan Eropah

Interaksi tamadun Islam dengan tamadun Eropah telah bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan Sicily. Malah ada pendapat dan tokoh tamaddun menyatakan bahawa, Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah. Negara-negara berkenaan dikatakan sebagai jambatan kemasukan Tamaddun Islam ke dalam Tamaddun Eropah. Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan. 

Proses cara aman berlaku melalui perdangan. Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi yang berlaku secara konflik. Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interkasi positif yang berlaku antara tamaddun Islam dan Eropah. Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamaddun Greek ( Yunani ) Ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Hasil-hasil tulisan orang-orang Greek meliputi bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan oleh cendiakawan Islam. Proses interaksi antara Islam dan Eropah berlaku secara aman pada awalnya, dan diikuti dengan konflik apabila tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200 tahun ( antara abad ke-12 Masihi hingga 14 masihi ) Sebelum perang saling, Eropah yang berada dalam zaman gelap ( abad ke-4 hingga ke-14 Masihi ), sedangkan pada ketika ini, orang Islam telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7. Kemuncak kepada perkembangan Tamaddun Islam berlaku pada adab ke-10 hingga ke-12 Masihi.

 Peranan Sepanyol dalam menyumbang kepada perkembagan Tamaddun Islam di Eropah tidak boleh dipandang sepi. Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian terpenting kepada pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi pemilkiran orang-orang Eropah. Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang karya-karya penting dalam bidang seni muzik dan pada adad ke-12. Karya-karya mereka telah diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi peluang kepada masyarakat Eropah mengetahui dan mempelajari seni ini. 

 Interaksi antara Tamaddun Islam dan Tamaddun Eropah bukan hanya melahirkan kesan positif, tetapi juga melahirkan kesan negativ iaitu Perang Salib. Perang Salib yang berlaku selama 200 tahun telah member satu kesan negative yang mendalam kepada Tamaddun islam dan Eropah. Terdapat beberapa faktir berlakunya perang Salib ini, antaranya ialah:

   • penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Islam kepada penganut Kristian, 
   • ketidakseimbangan ekonomi 
   • peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian untuk berperang dengan orang-orang Islam 13.


Kesimpulan 

Secara keseluruhannya, situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat tanpa mengambil kira hubungan Kristian dan Yahudi, penganut-penganut Islam, Hindu, Budha, Konfusiannisme, Taoisme dan termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya hidup harmoni dan damai. Faktor-faktor yang di lihat dapat membawa kesan yang positif hasil pertembungan antara tamadun ialah : 
  a. Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan 
  b. Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan. 

Tamaddun sesebuah masyarakat itu bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat terbuka. Sifat inilah yang member peluang berlakunya interaksi antara tamaddun dan menghasilkan dua kesan utama iaitu kesan positif dan kesan negative. Kesan positif akan memberi nilai tambah dan pengukuhan kepada sesuatu tamaddun. Elemen-elemen atau ciri-ciri tamaddun luar yang diterima oleh sesuatu tamaddun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan negatif pulak seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memilki tamaddun yanb berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teologi, ekonomi, sosial dan politik. 

Faktor yang lebih penting menjadi penyebab kepada konflik ialah faktor teologi. Sungguhpun interaksi ini menghasilkan kesan positif dan negative, namun kadangkala kesan yang dialami oleh sesuatu tamaddun itu tidak sama dengan yang lain. Bagi tamaddun yang lebih lama dan tinggi, akan mempengaruhi tamaddun yang rendah, dan tamaddun yang rendah akan lebih bersifat receptif 
( penerima ) Kedua-dua kesan inilah yang menjadikan sesebuah tamaddun itu berjaya dan tidak jumud, beku dan statik. Hasilnya sesuatu tamaddun yang terbuka dan dapat mengasimiliasikan pengaruh luar akan semakin berkembang dan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan penting.

No comments:

Like TITAS

Followers

Subhanallah!

Anda Suka Blog Ini???

Beri Sokongan