Pengenalan
Setiap tamaddun
yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian serta keunikan yang
tersendiri. Namun demikian ada juga
tamaddun yang tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, namum masih juga
berkembang dan berjaya membentuk serta menemui kemajuan tamaddun itu. Interaksi
antara tamaddun akan memberi bebesapa kesan dalam tamaddun berkenaan samada
kesan negative atau kesan positif. Kewujudan interaksi ini kerana semua
tamaddun mengamalkan sikap tolaransi yang tinggi serta saling hormat
menghormati sesama tamaddun. Sifat-sifat
yang baik itu akan membuka ruang percambahan fikiran dan budaya serta
memperkayakan lagi tamaddun berkenaan dalam pelabagai aspek kemajuan.
Kesan Positif
Semasa
kemunculan Islam di tanah Arab, berlaku interaksi antara Yahudi dengan
Kristian. Interaksi ini telah mewujudkan kesan positif, sebagai contoh dalam
Perlembagaan Madinah ( Shahifah Madinah ) yang digubal oleh Nabi Muhamad
saw telah memberi hak-hak dan
perlindungan kepada penganut agama Yahudi dan Kristian. Mereka telah diberi hak dan kebebasan untuk
mengamalkan amalan tuntutan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan
daripada masyarakat sekitarnya, baik dari Rasulullah saw atau umat Islam lainnya.
Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa
al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di
India.
Malah dalam
beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telah
mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan
Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan
sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab.
Begitu juga di Andalusia (Sepanyol), muncul
ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan
Kristian.
Interaksi
antara Tamadun India dengan
Tamadun China
telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan
ke negeri China
melalui interaksi ini. Di samping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang
diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China.
Bidang astronomi India turut
diperkembangkan di China
oleh ahli-ahli astronomi India.
Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi
kesusasteraan China.
Kesan positif kepada Tamadun India
ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan
kompas dari Tamadun China ke
dalam Tamadun India.
Interaksi antara Tamadun India
dan China
berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.
Antara
interaksi Tamadun Islam dan China
yang turut memperlihatkan kesan positif ialah proses interaksi secara aman
iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan
penting dalam interaksi ini Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti
Arab-Islam yang menetap di China.
Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita
tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming,
telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam
pentadbiran.
Kesan
penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di
negeri China yang akhirnya
mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Perkembangan seterusnya
menyebabkan munculnya cendiakawan-cendiakawan Islam tempatan yang mahsyur
seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendiakawan-cendiakawan tempatan ini telah mencari
keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep
hubungan keluarga, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai
moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk
memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang
menyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah
Konfusianisme seperti yang dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Disamping itu
interaksi ini turut menemukan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China
contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China hari ini.
Hubungan
antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat
ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman iaitu
melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara
ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza
iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan China. Teori-teori ini telah
diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telah
dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi meyokong pendapat mereka. Namun
apa yang lebih penting bagi kita ialah kesan yang didapati daripada hubungan
ini. Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan
beberapa kesan positifyang penting.
Kesan
yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta
munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau,
Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun
Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut membawa
tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di
Kepulauan Melayu. Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi
perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan serta
istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.
Interaksi antara Tamadun China
dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif tetapi ia tidak melibatkan
pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta
kebendaan. Tamadun China
membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di
Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta
pertukangan logam. Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan
masyarakat China
yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan
sebagainya. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku
melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi
secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan
diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri China dengan Kepulauan Melayu ialah
zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan
berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 – 1368 Masihi ) yang
pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan jawa pada abad abad ke-13 Masihi.
Kesan positif daripada
interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada hubungan antara Tamadun
China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil daripada hubungan
ini. Tamadun China
telah menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan
yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari China
telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah
diasimilasikan dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu agama Shinto. Walaupun
asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha.
Kuil-kuil Buddha telah
didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Di samping
agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China
ke Jepun. Tulisan China
telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan
Katakana. Pengaruh tulisan China
telah memainkan peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam
Tamadun Jepun. Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China
turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun,
contohnya upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar.
Ajaran falsafah Konfusianisme
dari China
turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran Kofusianisme yang memberi
penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga
Jepun. Manakala konsep mandat dari syurga telah memperkukuhkan lagi kedudukan
Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu. Interaksi
antara Tamadun China dengan
Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah
memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.
Kesan Negatif
Adalah tidak tepat jika
dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya menghasilkan kesan positif.
Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan kesan negatif.
Di
Eropah, misalnya, hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi telah
mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak baik
ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada
abad ke-9 dan-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat dari-pada faktor-faktor
perbezaan agama, ketidak seimbangan ekonomi dan sosial.
Begitu juga halnya dengan
hubungan orang-orang Islam dan Kristian dalam Zaman Pertengahan di Eropah.
Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa
siri perang ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang Salib.
Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam danYahudi.
Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan
politik.
Di India juga, hubungan
antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang. Terdapat
peristiwa-peristiwa di mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid
dimusnahkan oleh raja-raja India
yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama
Hindu serta kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam.
Contohnya raja-raja Islam
dalam Kesultanan Delhi
telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa
upacara-upacara keagamaan Hindu. Semasa zaman pemerintahan Moghul, Aurangzeb
adalah raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu.
Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara
mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi.
Dalam hubungan antara Tamadun
India dengan Tamadun China juga kita dapat lihat wujudnya konflik
terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China
semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah
mendapat tentangan cendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam
pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha
dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.
Kesan negatif turut berlaku
dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China. Contohnya pada tahun 751
Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan
angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa
tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan
Tang di China. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang-orang China
juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak
yang bertentangan.
Contohnya pada abad ke-8
Masihi, penduduk Han di tenggara China telah mewujudkan permusuhan
dengan orang-orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh
orang-orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada
tahun-tahun 758 Masihi dan 876 Masihi telah berlaku pemberontakan-pemberontakan
yang menyebabkan ramai orang-orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada
tahun 876 Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing.
Pemberontakan ini menyebabkan
lebih kurang 120 000 hingga 200 000 orang asing telah dibunuh termasuk
orang-orang Islam. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramai
orang-orang Islam telah lari dari China
dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah. Hubungan orang-orang
Islam dengan penduduk tempatan China
turut terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada
pengukuhan ajaran Konfusianiame. Orang-orang Islam mendapat layanan yang tidak
adil daripada pemerintah Ching.
Rasa tidak puas hati
penganut-penganut Islam disokong pula oleh perkembangan pengaruh gerakan Kaum
Muda ataupun Wahabi di kalangan orang-orang China Islam. Rasa tidak puas
hati orang-orang Islam telah menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan
semasa pemerintahan Dinasti Ching iaitu Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi),
Pemberontakan Kansu (1781 Masihi), Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi),
Kebangkitan Yussof Syamsuddin (1828-31M), pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi),
Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862 Masihi),
Kebangkitan Sinkiang (1864-77 Masihi).
Faktor Yang Mempengaruhi Antara Tamadun
a.
Tolaransi kepimpinan
b.
Nilai
c.
Pemikiran
d.
Keinsanan
e.
Geografi
f.
Institusi
Interaksi Tamadun China dan India
Tamadun China dan India telah berinteraksi kira-kira pada
abad ke-2 S.M. Penyebaran agamaBudhha ke China pada masa pemerintahan DInasti
Han ( zaman Han Timur ) merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun
China dan India. Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka China
juga telah berkongsi banyak persamaan dengan kerangka budaya masyarakat India.
Persamaan dalam aspek kesusateraan, kesenian, muzik dan sebagainya.
Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China, ia sukar
diterima kerana berlaku penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari
sudut kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang telah pun diresapi oleh
falsafah-falsafah tempatan China
terutama falsafah Konfucianisme. Agama Buddha secara beransur-ansur telah
mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China namum demikian
prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas.
Selain dari penerimaan agama Buddha, kesan interaksi
positif antara tamadun China
dengan India ialah beberapa
alat muzik dan struktur muzik India
diasimilasikan dalam tamadun China. Muzik dan tarian India
telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China.
Semasa Dinasti Tang ( 618-907 )
teknologi membuat gula dari tebu di Tamadun India
diperkembangkan di Tamadun China.
Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima oleh
India pula terdapat
ciptaan-ciptaan sains dan teknologi orang China
yang telah berkembang di dalam masyarakat India. Antaranya ialah teknologi
pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan
lain-lain. Selain dari itu, usaha-usaha
penterjemahan buku-buku koleksi
astronomi India telah
diterjemahkan ke dalam bahasa China.
China juga mendapatkan
khidmat ahli-ahli cendiakawan India
dalam bidang astronomi seperti Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam
kerajaan Dinasti Tang. Beliau
dipertanggungjawabkan memperkenalkan system calendar China yang lebih tepat daripada
tahun 727 M.
Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga turut menerima
kesan interkasi antara tamadun China
dan India. Kitab-kitab ajaran Buddha merupakan contoh
hasil sastera yang penting. Kewujudan
pelbagai jenis puisi, cerita dongeng, kisah-kisah tauladan, kias ibarat yang
berkaitan dengan Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China. Selain dari itu percampuran
dan penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut berlaku. Contoh yang paling ketara ialah kemunculan
pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah kesan perhubungan tamadun China dan India. Seterusnya selapas abad
ke-10 M, perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan diplomati
dan perdangan.
Interaksi Tamadun Islam dan China
Hubungan antara orang Arab dengan negeri China telah berlaku seawal abad
ke-3 Masihi apabila dilaporkan bahawa telah ada utusan dari Parsi dihantar ke
istana kerajaan Wei. Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke China
iaitu
·
Laluan Sutera – iaitu jalan darat yang
merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking
·
Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 Masihi
merentasi laut Arab ke Benua Kecil India,
Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara China.
Terdapat catatan yang menyatakan bahawa pada abad ke-5
Masihi kapal-kapal China telah sampai ke Teluk Parsi, dan pada pertengahan abad
ke-7 Masihi ramai pedagang Arab telah
menetap di daerah-daerah tenggara China seperti Kwang Cho ( Canton ), Chang Chow
dan Chuan Cow.
Hubungan perdagangan antara Arab dan China menjadi semakin rancak pada abad ke-8,
dimana mereka telah mendirikan masjid-masjid di kawasan Guangzhou dan Guanzhou. Walaupun terdapat usaha-usaha mengembang
ajaran Islam di China berlaku pada abad ke-8, tetapi hanya berjaya selepas
beberapa abad kemudian dengan kemunculan beberapa tokoh Muslim tempatan seperti
Wang Daiyu ( 1550-1658 ), Ma Zhu ( 1640-1711) Liu Zhi ( 1660-1730) dan Ma Dexin
( 1794-1874). Penglibatan tokoh–tokoh
ini turut mempengaruhi hasil penulisan
dan usaha penterjemahan selepas mereka.
Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China Muslim
ialah Zhengjiao Zhengquan yang telah diterbitkan pada tahun 1642.
Penulis China
banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia ada dalam ajaran Konfusianisme bagi
memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan. Elemen ajaran Konfusianisme yang bersamaan
dengan ajaran Islam seperti xiao (
penghormatan kepada ibu bapa ), zhong ( kesetiaan ), shu (
altruism ) telah banyak membantu penulis-penulis China Muslim
memperkenalkan ajaran Islam kepada mayarakat China.
Kesan positif interaksi antara tamadun Islam dengan China
dilihat dengan jelas dimana Asia Barat
telah mempelajari mengenai kompas teknologi percetakan, teknologi bahan letupan
dan pembuatan kertas. Hal yang sama berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan
tembikar. Sementara tamaddun China
pula mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru seperti perubatan, astronomi dan
farmasi. Pada masa Dinasti Tang ( 618-907 ) seorang sarjana China Muslim yang
berasal dari Parsi iaitu Li Xun telah menyusun sebuah buku bertajuk Materia
Medica: Seberang Laut sebanyak 6 jilid. Buku telah membincangkan
mengenai 124 jenis ubat di Arab.
Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi – Jamaluddin telah memberi sumbangan
penting penciptaan calendar baru untuk Kublai Khan pada tahun 1267 Masihi,
sementara itu abjad Arab telah mula digunakan dalam Tamadun China ketika pemerintahan Dinasti
Yuan. Kesan interaksi tamadun China-Tamadun Islam turut juga menyumbang dalam aspek
senibina. Masjid-masjid yang bersenibina
Arab banyak dibina di Xinjiang ( Sinkiang ).
Interaksi Antara Tamadun China dan
Jepun
Interaksi antara tamadun China-Jepun berlaku melalui
perantaraan semenanjung Korea
semasa zaman Raja Packhe yang memerintah Korea. Korea
telah menerima pengaruh China
sejak abad ke-2 Masihi lagi. Raja Packhe
telah meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan puak utara pada kurun ke-2
Masihi. Penglibatan ramai tentera Jepun
di Korea pada ketika itu
telah menyebabkan unsur-unsur Tamadun China
yang terdapat dalam budaya Korea
telah meresapi budaya Jepun.
Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam
penggunaan tulisan. Aspek penulisan
telah menerima kesan terus interaksi Tamaddun China di Jepun. Sistem tulisan China
telah memperkembangkan tradisi tulisan di Jepun. Tulisan China telah digunakan sebagai
perantaraan komunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun
yang telah membawa kepada perkembangan intelektual.
Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod-rekod mengenai
mitos-mitos agama Shinto dan rekod-rekod pentadbiran Jepun. Percantuman antara
tulisan China
dan Jepun berlaku secara beransur-ansur.
Kompilasi Kojiki ( rekod purba Jepun ) telah menampakkan gabungan
antara tulisan China
dan tulisan Jepun. Kompilasi puisi yang
terkenal iaitu Man’yoshu pada tahun 760 Masihi turut memerlihatkan penggunaan
gabungan perbendaharaan kata pinjaman China ke dalam perbendaharaan kata
Jepun.
Kesan interaksi tamaddun China ke atas Jepun dapat juga
dilihat dalam aspek binaan. Sebagai
contoh dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan Bandar
Chang’an iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui.
Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun
turut mengalami dan menerima kesan serta perubahan. Konsep “ mandat dari syurga “ yang
telah digunakan dalam memperkukuhkan institusi raja. Agama Buddha juga telah melalui satu proses
asimilasi dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu Shinto. Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf
kewujudan dua dewa iaitu dewa-dewa luar dan dewa tempatan. Walaupun sintesis antara agama Buddha dan
Shinto kurang berjaya, namun ajarang Buddha tentang kehidupan dunia yang penuh
dengan penderitaan dapat diterima oleh orang –orang Jepun.
Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep
kasih-sayang, kesian belas, moral dan lain-lainnya yang berkaitan dengan
kerohanian telah memberi satu sumbangan penting kepada orang-orang Jepun. Pada bada ke-10 Masihi ajaran Buddha yang
berkembang ialah yang mementingkan Amida atau Amitabha sebagai lambing
penyembahan penting.
Interaksi
Antara Tamadun India dengan Asia Tenggara
Interaksi tamaddun Asia Tenggara dengan Tamaddun India
telah berlaku secara aman dan bermula sejak awal abad Masihi lagi. Hubungan secara perdagangan telah berlaku dan
telah meninggalkan kesan yang banyak dalam pembinaan tamaddun dan budaya
masyarakat Asia Tenggara.
Secara teologi, interaksi ini telah member peluang kepada
perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara. Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang
penting dalam kerajaan-kerajaan awal di AsiaTenggara seperti di Funan, Chenla, Angkor, Majapahit, Kedah dan lain-lain. Mazhab agama
Hindu yang banyak tersebar di Asia Tenggara ialah mazhab Saivism, Vishnuism
dan Brahmanisme. Agama Hindu turut
mempengaruhi system pentadbiran dan politik Asia Tenggara dengan kewujudan
konsep “ devaraja “. Konsep ini
meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan dewa. Konsep ini juga menjadi asas konsep daulat
dalam pemerintahan raja-raja Melayu.
Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di AsiaTenggara
ialah mazhab Mahayana dan Hinayana ( juga dikenali sebagai agama Buddha
Theravada ). Agama Buddha Mahayana
adalah ajaran Buddha yang dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan tantric India. Ajaran-ajaran ini juga terut mengalami unsur
asimilasi dengan kepercayaan tempatan. Srivijaya pernah menjadi pusat
pengajaran dan perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti yang dilaporlkan
oleh I-Tsing seorang mubaligh agama Buddha dari China yang pernah singgah di
Srivijaya pada abad ke-7 Masihi. Sementara agama dari Mazhab Buddha Hinayana
pula diterima oleh sebahagian besar penduduk tanah besar Asia Tenggara iaitu di
Thailand, Myanmar, Burma
dan Laos.
Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali yang berkembang di Asia Tenggara adalah kesan
interaksi Tamaddun India
dan Tamaddun Asia Tenggara. Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa
penting di istana. Kitab-kitab agama
Hindu iaitu Mahabarata dan Ramayana menjadi sumber pengajaran awal di
Asia Tenggara. Aktiviti penterjemahan dan
penyalinan kitab-kitab ini telah dilakukan selapas wujudnya interkasi antara
Asia Tenggara dengan Tamaddun Islam.
Ini kerana kita-kita ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan
ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi iaitu tulisan yang datang dari Tamaddun
Islam. Istilah-istilah Sanskrit turut
memperkayaka perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara.
Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam
kesenian dan tarian juga adalah kesan
daripada interkasi ini. Kedatangan dan
hubungan masyarakat India
dan penduduk Asia Tenggara secara ama telah menyebabkan berlakunya perkahwinan
campur secara meluas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemunculan makanan berasaskan roti dan kari
juga dilihat sebagai kesan interaksi tamaddun Asia Tenggara dengan tamaddun India. Selain dari tiu tamaddun India juga turut mempengaruhi
system perundangan Asia Tenggara, contohnya kaedah-kaedah dalam undang-undang
Hindu yang digunakan dalam Undang-undang Melaka dan Perundangan Majapahit.
Intraksi
Antara Tamadun Islam dengan Asia Tenggara
Tamaddun Islam berkembang di Asia Tenggara selaras dengan
perkembangan dan penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. Perkembangan Agama Islam yang berlaku secara
aman telah member sumbangan yang besar kepada perkembangan dan penerimaan
tamaddun Islam di kawasan Asia Tenggara.
Asia Tenggara telah lama dikenali oleh pedagang-pedagang Islam sejak
abad pertama Hijrah. Sebahagian besar
pedagang-pedagang Islam datangnya daripada Yaman, iaitu sebuah kerajaan Arab
yang bergiat pentiang dalam perdagangan.
Snouck Hurgronje merupakan cendiakawan yang melaporkan
bahawa Islam di Asia Tenggara datangnya dari India, pendapat beliau telah
mendapat sokongan dari beberapa tokoh seperti D.G.E Hall, R.O Winstedt,
Vlekke, Mouqutte, B.Harrison dan Bousquet. Bagi menyokong teori mereka,
mereka mengaitkan penglibatan pedagang-pedagang Islam dari Gujerat.
Interaksi
Antara Tamadun Islam dengan Eropah
Interaksi
tamadun Islam dengan tamadun Eropah telah bermula sejak terbentuknya
pemerintahan Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan Sicily.
Malah ada pendapat dan tokoh tamaddun menyatakan bahawa, Sepanyol dan Sicily adalah merupakan
pintu masuk Islam ke benua Eropah. Negara-negara berkenaan dikatakan sebagai
jambatan kemasukan Tamaddun Islam ke dalam Tamaddun Eropah. Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara
iaitu cara aman dan peperangan. Proses
cara aman berlaku melalui perdangan.
Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang Eropah
dengan Islam merupakan interaksi yang berlaku secara konflik.
Perkembangan
dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interkasi positif yang berlaku
antara tamaddun Islam dan Eropah.
Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan orang-orang Eropah
dengan tamaddun Greek ( Yunani ) Ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan
dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Hasil-hasil tulisan orang-orang Greek
meliputi bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan
oleh cendiakawan Islam. Proses interkasi
antara Islam dan Eropah berlaku secara aman pada awalnya, dan diikuti dengan
konflik apabila tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200 tahun ( antara
abad ke-12 Masihi hingga 14 masihi )
Sebelum perang saling, Eropah yang berada dalam zaman gelap ( abad ke-4
hingga ke-14 Masihi ), sedangkan pada ketika ini, orang Islam telah mencapai
kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7. Kemuncak kepada perkembangan Tamaddun Islam
berlaku pada adab ke-10 hingga ke-12 Masihi.
Peranan
Sepanyol dalam menyumbang kepada perkembagan Tamaddun Islam di Eropah tidak
boleh dipandang sepi. Sepanyol menjadi
pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi
pusat pengajian terpenting kepada pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti
falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol
telah mempengaruhi pemilkiran orang-orang Eropah.
Orang-orang Islam
Sepanyol telah menyumbang karya-karya
penting dalam bidang seni muzik dan pada adad ke-12. Karya-karya mereka telah diterjemahkan dalam
bahasa latin dan memberi peluang kepada masyarakat Eropah mengetahui dan
mempelajari seni ini.
Interaksi
antara Tamaddun Islam dan Tamaddun Eropah bukan hanya melahirkan kesan positif,
tetapi juga melahirkan kesan negativ iaitu Perang Salib. Perang Salib yang berlaku selama 200 tahun
telah member satu kesan negative yang mendalam kepada Tamaddun islam dan
Eropah. Terdapat beberapa faktir berlakunya perang Salib ini, antaranya ialah penindasan yang dilakukan oleh
pemerintah Islam kepada penganut Kristian, ketidakseimbangan ekonomi peranan paderi Kristian yang menyeru
orang-orang Kristian untuk berperang dengan orang-orang Islam
Kesimpulan
Secara keseluruhannya,
situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat tanpa mengambil kira
hubungan Kristian dan Yahudi, penganut-penganut Islam, Hindu, Budha,
Konfusiannisme, Taoisme dan termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya hidup
harmoni dan damai. Faktor-faktor yang di lihat dapat membawa kesan yang positif
hasil pertembungan antara tamadun ialah :
a.
Sifat pemerintah dan
pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara dengan penuh keadilan dan
kesaksamaan
b.
Sikap golongan beragama
seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni,
memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan.
Tamaddun sesebuah
masyarakat itu bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat terbuka. Sifat inilah yang member peluang berlakunya
interaksi antara tamaddun dan menghasilkan dua kesan utama iaitu kesan positif
dan kesan negative. Kesan positif akan
memberi nilai tambah dan pengukuhan kepada sesuatu tamaddun. Elemen-elemen atau ciri-ciri tamaddun luar
yang diterima oleh sesuatu tamaddun akan mengalami proses asimilasi dan
penyesuaian. Sementara kesan negative
pulak seringkali mewujudkan konflik
antara masyarakat yang memilki tamaddun yanb berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai factor
seperti teologi, ekonomi, sosial dan politik.
Faktor yang lebih penting menjadi penyebab kepada konflik ialah faktir
teologi. Sungguhpun interaski ini
menghasilkan kesan positif dan negative, namun kadangkala kesan yang dialami
oleh sesuatu tamaddun itu tidak sama dengan yang lain. Bagi tamaddun yang lebih lama dan tinggi,
akan mempengaruhi tamaddun yang rendah, dan tamaddun yang rendah akan lebih
bersifat receptive ( penerima ) Kedua-dua
kesan inilah yang menjadikan sesebuah tamaddun itu berjaya dan tidak jumud,beku
dan static. Hasilnya sesuatu tamaddun
yang terbuka dan dapat mengasimiliasikan pengaruh luar akan semakin berkembang
dan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan penting.
No comments:
Post a Comment