السلام عليكم ورحمة الله



Salam Sejahtera! Selamat datang ke blog Sifu Haba. Blog ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mengikuti Interaksi kursus TITAS dan Kursus Tamadun Islam dan Asia & Falsafah dan Isu Semasa di Institut Pendidikan Guru Malaysia dan IPTA/IPTS. Saya mengalu-alukan kunjungan anda semua. Sekiranya ada apa-apa komen, perbincangan, persoalan dan sebagainya sila catatkan di bahagian 'comments' di akhir setiap post. Terima kasih... Salam Tamadun.

Monday, June 25, 2012

LAKSAMANA CHENG HO - Tokoh TITAS


Pendahulu Colombus dan Vasco Da Gama ini
pernah singgah dan bertabligh akbar di Surabaya
kiriman
Amirul Akbar Zulkifli
Pensyarah UNITAR


Ahli pelayaran Christopher Columbus dikenal hebat kerana berjaya menemui benua Amerika pada tahun 1492. Namun tahukah Anda bahawa ada penjelajah yang jauh lebih hebat? Dia adalah Laksamana Cheng Ho, seorang Tionghoa Muslim yang hidup sekitar 6 abad lalu.

Selama hidupnya, Cheng Ho atau Zheng He melakukan pelayaran antara benua selama 7 kali berturut-turut dalam tempoh waktu 28
tahun (1405-1433). Tak kurang dari 30 negara di Asia, Timur Tengah, dan Afrika telah disinggahinya. Pelayarannya lebih awal 87 tahun berbanding Columbus. Juga lebih dulu jika dibanding dengan ahli pelayaran dunia lainnya seperti Vasco da Gama yang berlayar dari Portugis ke India tahun 1497. Begitu juga Ferdinand Magellan yang merintis pelayaran mengelilingi bumi terlewat 114 tahun selepas beliau.

Ekspedisi Cheng Ho ke 'Samudera Barat' (sebutan untuk lautan sebelah barat Laut Tiongkok Selatan sehingga Afrika Timur) mengerahkan armada yang besar. Pertama mengerahkan 62 kapal besar dan belasan kapal kecil yang digerakkan 27,800 ribu awak-awak. Pada pelayaran ketiga mengerahkan kapal besar 48 buah, awakawaknya 27 ribu. Sedangkan pelayaran ketujuh terdiri atas 61 kapal besar dan berawak-awak 27,550 orang. Bila dijumlah dengan kapal kecil, rata-rata pelayarannya mengerahkan 200-an kapal. Sementara Columbus, ketika menemukan benua Amerika 'cuma' mengerahkan 3 kapal dan 88 orang awak-awak.

Kapal yang ditumpangi Cheng Ho disebut 'kapal pusaka' merupakan kapal terbesar pada abad ke-15. Panjangnya mencapai 44,4 zhang (138 m) dan lebar 18 zhang (56 m). Lima kali lebih besar daripada kapal Columbus. Menurut sejarawan, JV Mills kapasiti kapal tersebut 2500 tan.

Model kapal itu menjadi inspirasi ajli pelayaran Sepanyol dan Portugal serta pelayaran moden di masa kini. Reka bentuknya bagus, tahan terhadap serangan badai, serta dilengkapi teknologi yang saat itu tergolong canggih seperti kompas magnetik.


Mengubah Peta Pelayaran Dunia
Dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti Ming) tidak terdapat banyak keterangan yang menyentuh tentang asal-usul Cheng Ho. Cuma disebutkan bahawa dia berasal dari Provinsi Yunnan, dikenali sebagai kasim (abdi) San Bao. Nama itu dalam dialek Fujian biasa diucapkan San Po, Sam Poo, atau Sam Po. Sumber lain menyebutkan, Ma He (nama kecil Cheng Ho) yang lahir tahun Hong Wu ke-4 (1371 M) merupakan anak ke-2 pasangan Ma Hazhidan Wen.





Ketika Ma He berumur 12 tahun, Yunnan yang dikuasai Dinasti Yuan direbut oleh Dinasti Ming. Para pemuda ditawan, bahkan dikembiri, lalu dibawa ke Nanjing untuk dijadikan kasim istana. Tak terkecuali Cheng Ho yang diabdikan kepada Raja Zhu Di di istana Beiping (kini Beijing).

Di depan Zhu Di, kasim San Bao berhasil menunjukkan kehebatan dan keberaniannya. Misalnya semasa memimpin anak buahnya dalam serangan militer melawan Kaisar Zhu Yunwen (Dinasti Ming). Abdi yang berpostur tinggi besar dan bermuka lebar ini tampak begitu gagah melibas lawan-lawannya. Akhirnya Zhu Di berhasil merebut tahkta kaisar.

Ketika kaisar mencanangkan program pengembalian kejayaan Tiongkok yang merosot akibat kejatuhan Dinasti Mongol (1368), Cheng Ho menawarkan diri untuk mengadakan muhibah ke berbagai penjuru negeri. Kaisar kagum dan sekaligus terharu mendengar permintaan yang nekad itu. Bagaimana tidak, amanah itu harus dilakukan dengan mengharungi samudera. Namun kerana yang mahu belayar adalah orang yang dikenal berani, maka kaisar membenarkannya.

Berangkatlah armada Tiongkok di bawah komando Cheng Ho (1405). Terlebih dahulu rombongan besar itu menunaikan solat di sebuah masjid tua di kota Quanzhou (Provinsi Fujian). Pelayaran pertama ini mampu mencapai wilayah Asia Tenggara (Semenanjung Malaya, Sumatera, dan Jawa). Tahun 1407-1409 berangkat lagi dalam ekspedisi kedua. Ekspedisi ketiga dilakukan 1409-1411. Ketiga ekspedisi tersebut menjangkau India dan Sri Lanka. Tahun 1413-1415 kembali melaksanakan ekspedisi, kali ini mencapai Aden, Teluk Persia, dan Mogadishu (Afrika Timur). Jalur ini diulang kembali pada ekspedisi kelima (1417-1419) dan keenam (1421-
1422). Ekspedisi terakhir (1431-1433) berhasil mencapai Laut Merah.

Pelayaran luar biasa itu menghasilkan buku Zheng He's Navigation Map yang mampu mengubah peta navigasi dunia sampai abad ke-15. Dalam buku ini terdapat 24 peta navigasi mengenai arah pelayaran, jarak di lautan, dan berbagai pelabuhan. Jalur perdagangan Cina berubah, tidak sekadar bertumpu pada 'Jalur Sutera' antara Beijing-Bukhara.


Dalam mengarungi samudera, Cheng Ho mampu mengurus armada dengan rapi. Kapal-kapalnya terdiri daripada kapal pusaka (induk), kapal kuda (mengangkut barang-barang dan kuda), kapal penempur, kapal bahan makanan, dan kapal duduk (kapal komando) dan kapal-kapal pembantu. Awakawak kapalnya ada yang bertugas di bahagian komando, teknikal navigasi, tentera, dan logistik.

Berbeza dengan ahli pelayaran Eropa yang berbekal semangat imperialism, armada raksasa ini tak pernah serakah menduduki tempat-tempat yang disinggahi. Mereka hanya mempropagandakan kejayaan Dinasti Ming, menyebarluaskan pengaruh politik ke negeri asing, serta mendorong perniagaan Tiongkok. Dalam majalah Star Weekly HAMKA pernah menulis, "Senjata alat pembunuh tidak banyak dalam kapal itu, yang banyak adalah 'senjata budi' yang akan dipersembahkan kepada raja-raja yang diziarahi."

Sementara sejarawan Jeanette Mirsky menyatakan, tujuan ekspedisi itu adalah memperkenalkan dan mengangkat kemasyhuran Dinasti Ming ke seluruh dunia. Maksudnya agar negara-negara lain mengakui kebesaran Kaisar Cina sebagai The Son of Heaven (Putra Dewata).

Bukan bererti armada tempurnya tak pernah bertugas sama sekali. Laksamana Cheng Ho pernah memerintahkan tindakan ketenteraan untuk menyingkirkan kekuatan yang menghalangi kegiatan perniagaan. Misalnya menumpas gerombolan bajak laut Chen Zhuji di perairan Palembang, Sumatera (1407).


Dalam kurun waktu 1405-1433, Cheng Ho memang pernah singgah di kepulauan Nusantara selama tujuh kali. Ketika berkunjung ke Samudera Pasai, dia menghadiahi loceng raksasa Cakradonya kepada Sultan Aceh. Loceng tersebut saat ini tersimpan di Muzium Banda Aceh. Tempat lain di Sumatera yang dikunjungi adalah Palembang dan Bangka.

Selanjutnya tiba di Pelabuhan Bintang Mas (kini Tanjung Periok). Tahun 1415 mendarat di Muara Jati (Cirebon). Beberapa cenderamata khas Tiongkok dipersembahkan kepada Sultan Cirebon. Sebuah piring bertuliskan Ayat Kursi sehingga kini masih tersimpan baik di Kraton Kasepuhan Cirebon.


Ketika menyusuri Laut Jawa, Wang Jinghong (orang kedua dalam armada itu) sakit teruk. Sauh segera dilabuhkan di pantai Simongan, Semarang. Mereka tinggal di sebuah gua, sebahagian mereka membina pondok. Wang yang kini dikenali dengan gelaran Kiyai Jurumudi Dampo Awang, akhirnya menetap dan menjadi bukti wujudnya warga Tionghoa di sana. Wang juga mengabadikan Cheng Ho menjadi sebuah patung (disebut Mbah Ledakar Juragan Dampo Awang Sam Po Kong), serta membangun Gedung Sam Po Kong atau Gedung Batu.


Perjalanan dilanjutkan ke Tuban (Jatim). Kepada warga peribumi, Cheng Ho mengajarkan tatacara pertanian, penternakan, pertukangan, dan perikanan. Hal yang sama juga dilakukan sewaktu singgah di Gresik. Lawatan dilanjutkan ke Surabaya. Pada hari Jumaat, Cheng Ho mendapat kehormatan menyampaikan khutbah di hadapan warga Surabaya yang jumlahnya mencapai ratusan orang. Kunjungan dilanjutkan ke Mojokerto yang saat itu menjadi pusat Kerajaan Majapahit. Di kraton, Raja Majapahit, Wikramawardhana, berkenan mengadakan perjumpaan dengan rombongan ahli pelayaran Tiongkok ini.



Muslim Taat
Sebagai orang Hui (etnik di Cina yang identik dengan Muslim) Cheng Ho sudah memeluk agama Islam sejak lahir. Datuknya seorang haji. Ayahnya, Ma Hazhi, juga sudah menunaikan rukun Islam kelima itu. Menurut Hembing Wijayakusuma, nama hazhi dalam bahasa Mandarin memang merujuk kepada kata 'haji'.

Bulan Ramadhan adalah masa yang sangat ditunggu-tunggu Cheng Ho. Pada 7 Disember 1411 sesudah pelayarannya yang ke-3, dari istana Beijing ini beliau sempat kembali ke kampungnya, Kunyang, untuk menziarahi makam ayah. Ketika Ramadhan tiba, Cheng Ho memilih berpuasa di kampungnya yang sentiasa meriah. Beliau tenggelam dalam kegiatan keagamaan sampai Idul Fitri tiba.

Setiap kali berlayar, banyak awak kapal beragama Islam yang turut serta. Sebelum belayar, mereka melaksanakan solat jamaah. Beberapa tokoh Muslim yang pernah ikut adalah Ma Huan, Guo Chongli, Fei Xin, Hassan, Sha'ban, dan Pu Heri. "Kapal-kapalnya diisi dengan perajurit yang kebanyakan terdiri daripada orang Islam," tulis HAMKA.

Ma Huan dan Guo Chongli yang fasih berbahasa Arab dan Persia, bertugas sebagai penterjemah. Sedangkan Hassan yang juga pimpinan Masjid Tang Shi di Xian (Provinsi Shan Xi), berperanan mempererat hubungan diplomasi Tiongkok dengan negeri-negeri Islam. Hassan juga bertugas memimpin kegiatan-kegiatan keagamaan dalam rombongan ekspedisi, misalnya dalam melaksanakan penguburan jenazah di laut atau memimpin solat hajat ketika armadanya diserang badai.

Kemakmuran masjid juga tak pernah dilupakan Cheng Ho. Tahun 1413 dia membaiki Masjid Qinging (timur laut Kabupaten Xian). Tahun 1430 membangunkan Masjid San San di Nanjing yang rosak kerana terbakar. Pembinaan masjid ini mendapat bantuan terus dari kaisar.

Beberapa sejarahwan meyakini bahawa pelayar sejati ini telah menunaikan ibadah haji. Memang tak ada catatan sejarah yang membuktikan itu, tapi pelaksanaan haji kemungkinan dilakukan ketika ekspedisi terakhir (1431-1433). Ketika itu rombongannya memang singgah di Jeddah.

Selama hidupnya Cheng Ho memang sering mengutarakan hasrat untuk pergi haji sebagaimana datuk dan ayahnya. Obsesi ini bahkan terbawa-bawa sehingga menjelang ajalnya. Sehingga beliau mengutus Ma Huan pergi ke Mekah agar melukiskan Ka'bah untuknya. Muslim yangnberani ini meninggal pada tahun 1433 di Calicut (India), dalam pelayaran terakhirnya.

Sumber: http://permai1.tripod.com/chengho.html
(shofy, pam; dari berbagai sumber)

No comments:

Buku Pelawat:


PARA PENGUNJUNG DAN PELAJAR YANG MELAWAT BLOG INI SILA SUBSCRIBE, DAFTAR DIRI SEBAGAI FB FOLLOWERS ATAU BOOKMARK DI BAWAH UNTUK DAPATKAN POST SETERUSNYA. TERIMA KASIH

Bookmark blog ini:

Tekan Control + D

Like TITAS

Anda Suka Blog Ini???

Beri Sokongan

Anda suka Blog ni? Belanja saya Kopi!

Anda suka Blog ni? Belanja saya Kopi!