Friday, July 24, 2009

Sumbangan Islam Dalam Bidang Kejuruteraan

by Anon

KEJURUTERAAN


Pengenalan
Kajian-kajian mutakhir menunjukkan banyak sumbangan sarjana dan jurutera Islam tersebar ke benua Eropah khususnya Andalus (Sepanyol) dan Itali. Dalam bidang kejuruteraan awam, kubah dan menara masjid menunjukkan kefahaman dan kemahiran Islam. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bidang kejuruteraan awam hidologi, menghasilkan pembinaan beberapa buah terusan. Terusan yang utama ialah terusan yang menyambungkan Sungai Nil dan Laut Merah. Pembinaan terusan ini memakan masa selama enam bulan dan panjangnya kira-kira 110km. Teknologi air bawah tanah diusahakan di Parsi. Bandar Isfahan dikelilingi oleh padang pasir, Sungai Zayandirud mengalir melalui bandar ini. Jurutera-jurutera awam Islam ketika itu telah mengalirkan air sungai ini kebeberapa anak sungai yang digunakan untuk pertanian dan minuman. Teknologi ini telah ditulis oleh Syaikh Bahauddin al-Amili seorang ahli sufi safavid yang mahir dalam Matematik dan keagamaan. Bagi negara yang dikeliling pasir pembinaan "qanat" iaitu sistem pengairan bawah tanah amat berguna kerana dapat mengelakkan pengewapan air.
Rekaan-rekaan yang menarik telah dapat dihasilkan dengan kemahiran dan kepakaran sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabila dicampur dengan rekaan seni-seni halus.

Contoh kejurutera Islam
Contohnya pada awal abad ke-9M, Khalifah Harun al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air yang sungguh menarik kepada Raja Charlemagne.

Pada awal abad ke-8M jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan Baghdad sebelum akhir abad ke-8M.4

Di Sijistan dan Parsi terdapat beberapa buah kincir angin yang mana orang Islam telah melopori teknologi mendapatkan sumber tenaga dari angin melalui kaedah kincir angin. Kincir angin digunakan untuk mengepam air di dalam pertanian. Teknologi mendapatkan air dan angin telah mendapat perhatian di seluruh dunia dan ia merupakan penggerak utama sehinggalah kuasa tenaga wap diperkenalkan semasa revolusi Perindustrian di Eropah. Satu kincir angin boleh mengeluarkan lebih kurang lima hingga sepuluh kuasa kuda pada ketika itu.

Dalam teknologi perkapalan, jurutera-jurutera Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut. Dengan kemajuan orang Islam dalam bidang astronomi, teknologi pelayaran telah dapat membawa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti China ke sebelah Timur dan hingga ke England dan Ireland di sebelah Barat.
Tokoh

Sinan (1538-1588M)
Beliau yang juga dikenali sebagai Mimar Sinan merupakan seorang arkitek yang merekacipta 360 struktur bangunan termasuklah 84 buah masjid, 51 buah masjid-masjid kecil, 57 buah sekolah, 7 buah madrasah untuk penghafal al-Quran yang dikenali sebagai darulkurra, 22 buah , 17 buah rumah api , 3 buah hospital, 7 buah jambatan , 48 buah rumah tumpangan, 35 tempat –tempat dan rumah penginapan yang besar, 8 buah bumbung melengkung dan 46 tempat takungan air / kolam mandi. Dengan perkataan lain, beliau menjadi pengurus terkenal dalam kerja-kerja pembinaan pada zaman kerajaan Othmaniah selama hampir 50 tahun.

1 comment:

Nur adam said...

nice..keep it up..relly help me with my presentation.....can i copy it??

Like TITAS

Followers

Subhanallah!

Anda Suka Blog Ini???

Beri Sokongan