Saturday, December 6, 2008

MAHATMA GHANDI

 PENGENALAN 


Tiada manusia yang mahu dirinya disingkir lebih-lebih lagi dimaki hamun oleh orang lain. Semasa berada di Afrika Selatan, Mohandas Gandhi menyedari bahawa kaum India tidak disukai, disingkir dan sering dikeji. Kesimpulannya kaum India pada masa itu langsung tidak diberi keistimewaan. Contohnya Gandhi pernah dipukul oleh pemandu kereta api kerana tidak memberi tempat duduk kepada seorang penumpang berkulit putih. 

Sewaktu berada di Afrika Selatan untuk urusan perniagaan, Gandhi mengambil keputusan untuk menetap dan menggunakan pengetahuan perundangannya membantu memperbaiki nasib kaum kulit hitam dan menyifatkan pengalaman awalnya itu sebagai satu titik perubahan dalam hidupnya.Beliau telah memperkenalkan Satyagraha, iaitu satu kaedah keingkaran awam tanpa kekerasan yang sungguh berdisiplin. Ajaran beliau telah berkembang ke pelusuk dunia dan ideanya telah mempengaruhi Persatuan Greenpeace serta Martin Luther King dan diguna untuk meggulingkan Presiden Marcos di Filipina. Selain daripada itu bantahan dan tunjuk perasaan serta tekanan secara berdisiplin digunakan untuk menegakkan kebenaran. 

Ghandhi telah memimpin India mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Hitler tidak berjaya mengalahkan Perdana Menteri Great Britian, Churchill, tetapi Ghandhi berbuat demikian. Insan peramah lagi lemah lembut ini disanjungi jutaan rakyat India dan pemimpin-pemimpin dunia. Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberhentikan persidangan apabila mendapat berita tengtang kematian Ghandhi.Ghandhi telah meninggalkan satu kaedah baru untuk menentang penindasan berdasarkan kasih sayang dan bukannya peperangan. Menurut Einstein, ”Generasi akan datang mungkin sukar mempercayai bahawa insan seperti Ghandhi pernah menjejakkan kaki di muka bumi ini.


ZAMAN KANAK-KANAK GANDHI

Mohandas Karamchand Gandhi dilahirkan pada 2 Oktober 1869 di Porbandar, India. Ketika itu penduduk india seramai 200 juta orang, tujuh kali ganda penduduk Great Britain dan Ireland. Rakyat India terpisah akibat struktur muka bumi yang sukar untuk perubahan. Di india sahaja terdapat perbagai jenis adat, kepercayaan dan lebih 300 bahasa yang berlainan. Malah sesama satu puak yang seagama pun wujud perbezaan dari segi kasta dan pangkat. Oleh yang demikian pihak British dengan mudah menjajah pelbagai kaum di India iaitu rakyat India yang berkulit hitam di selatan dan mereka yang berkulit perang serta cerah di utara.Perbezaan yang ketara diantar yang kaya dan yang miskin. 

Pada tahun 1869 iaitu tahun Gandhi dilahirkan banyak perubahan telah berlaku diantara yang paling penting hubungan India dan Britain semakin rapat. Pembukaan terusan Suez yang mana kapal-kapal British tidak perlu mengelilingi Afrika untuk sampai ke India. Keadaan masa itu semakin mencengkam kepada penduduk-penduduk India yang miskin. Empayar british pada ketika itu bagaikan tidak melihat matahari terbenam kerana kawasan jajahannya meluas di seluruh dunia.


PENDIDIKAN

Pada tahun 1888 ketika berumur 19 tahun, Gandhi telah belayar ke London untuk menuntut ilmu perundangan. Ketika itu beliau sudah berahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Sewaktu menuntut ilmu beliau telah mengamalkan beberapa prinsip iaitu tidak hidup berfoya-foya serta mengamalkan amalan vegetariannya. Selepas berada di England selama 32 bulan, Gandhi lulus peperiksaan akhir Inner Tample Inn of Court di London dan diterima sebagai seorang peguam pada bulan Jun 1891. 

Walaupun Gandhi cekap dan pantas berfikir, peguam muda yang belayar pulang dari England ini masih belum menampakkan kebijaksanaan dan daya akal yang bakal menjadi sumber insperasi jutaan manusia. . Selama dua tahun Gandhi cuba memaju dan memperkukuhkan dirinya sebagai seorang peguam tetapi firma guamannya tidak berjaya. Gandhi diberi tawaran untuk mewakili seorang saudagar India yang kaya di Afrika Selatan. Peluang ini telah mengubah kehidupan Gandhi. Gandhi bertolak ke Afrika Selatan demi satu tugasan tetapi sebaliknya telah menetap di sana selama 21 tahun. 

 Pada masa itu Afrika Selatan merupakan negara yang berpecah belah dan kacau bilau. Orang kulit hitam lima kali lebih banyak daripada orang kulit putih. Masyarakat kulit putih juga berpecah belah. Semasa Gandhi di Afrika Selatan, perang saudara telah tercetus antara masyarakat kulit putih. Masyarakat India pada masa itu yang dibawa masuk untuk kerja-kerja rendah seperti berkerja sebagai hamba di ladang-ladang adalah seramai lebih kurang 100 ribu orang. Namun begitu ada juga orang India yang mula menyaingi masyarakat kulit putih dan menimbulkan kemarahan dan kebencian mereka. Orang kulit putih telah menggubal undang-undang untuk menyekat masyarakat India untuk mengudi, memiliki tanah dan bergerak bebas.  

Atas kesedaran itu Gandhi telah mengambil keputusan untuk menentang ketidakadilan yang wujud di Afrika Selatan. Gandhi telah dilantik sebagai ketua masyarakat India. Menjelang tahun 1896 Syarikat guamannya telah berjaya. Gandhi telah membantu kaumnya dengan buah fikiran yang bernas seperti menasihatkan peniaga supaya jujur dalam perniagaannya agar mereka dipercayai. Beliau mengajar tentang kebersihan dan sanitasi. Menasihatkan kaumnya supaya mempelajari bahasa inggeris supaya memudahkan perhubungan dengan orang lain. Beliau juga mendesak supaya meninggalkan sistem kasta yang yang boleh memecahbelahkan mereka. 

Gandhi juga telah menerbitkan Risalah Hijau yang memperincikan keluhan dan tuntutan kaum India di Afrika Selatan. Risalah ini telah menimbulkan keberangan pelbagai pihak dan sepulangnya ke Afrika Selatan pada bulan Januari 1897, Gandhi telah diserang oleh satu kumpulan perusuh. Atas desakan dari London, badan perundangan Natal telah memansuhkan undang-undang diskriminasi kaum dalam pilihan raya dan menggantikannya dengan satu ujian pendidikan. Walaupun Gandhi seorang pecinta kedamaian, beliau berpendapat orang India harus menerima kewajipan mereka sebagai warganegara. 

Jika orang India mahu akan hak mereka sebagai rakyat Empayar British, mereka mesti sanggup menerima kewajipan sebagai warganegara Empayar itu. Oleh itu pada tahun 1899 semasa peperangan Boer, walaupun Gandhi bersimpati dengan perjuangan orang-orang Boer, beliau mendesak masyarakat India menyokong pihak Inggeris. Beliau telah membantu membentuk dan melatih Kor Ambulans India. Gandhi mengetuai 1000 ahli yang berkhidmat dengan cemerlang. Pada bulan Disember 1902, Gandhi membentangkan rasa tidak puas hati masyarakat India kepada Joseph Chamberlian, Setiausaha Penjajah. Natal dan Transvaal berusaha keras untuk mengusir masyarakat India. Sebuah Jabatan Orang Asia telah ditubuhkan di Transvaal pada 1903 yang tidak putus-putus mengeluarkan pelbagai undang-undang dan peraturan untuk tiga tahun berturut-turut. Tindakan itu telah menyebabkan suasana tegang antara masyarakat India dan orang kulit putih. Keadaan itu reda seketika sewaktu Kempen Zulu pada tahun 1906. Sekali lagi Gandhi menawarkan khidmatnya kepada kerajaan dan membentuk sebuah lagi Kor Ambulans India. Mereka berjalan sejauh 40 batu sehari unutk merawat kaum Zulu yang cedera dan diabaikan oleh doktor serta jururawat kulit putih. 

Selepas menulis surat kepada Wizurai British untuk memberikan peluang kepada beliau mengalah, Gandhi melancarkan kempennya secara besarbesaran. Belaiu bersama kumpulan pengikutnya berarak secara perlahan-lahan ke arah laut untuk mendapatkan segenggam garam. Bersama beliau ialah Puan Sarajoni Naidu, penyajak dan sekutu rapat Gandhi. Gandhi telah dipenjarakan dan seterusnya Puan Naidu mengetuai 2500 orang dalam tunjuk perasaan di Kilang Garam Dharasana yang terkenal dan bersejarah itu. Tindakan simbolik ini mencetuskan keingkaran awam di seluruh negara apabila beratus-ratus ribu penduduk India menngetepikan undang-undang dengan menghasilkan garam mereka sendiri. 

Pihak British menganggap tindakan itu sebagai guruan dan mengetepikan perkara tersebut. Mereka memperkecilkan kebolehan Gandhi. Mereka tidak faham tentang perasaan yang menghantui jiwa rakyat India ketika itu dan betapa sukarnya berhadapan dengan seorang pembangkang secerdik Mahatma Gandhi. Tujuan perbarisan itu ialah untuk menggalakkan kempen keingkaran awam secara meluas demi memalukan kerajaan. Cukai garam yang hendak dihapuskan oleh Gandhi bukan sahaja satu lambang hak kerajaan untuk mengenakan cukai dan dengan itu hak kerajaan untuk memerintah bahkan merupakan satu isu yang menyentuh perasaan rakyat. Petani yang termiskin terpaksa membayar cukai yang sama banyak dengan pedagang kaya. 

Tindakan Gandhi yang melanggar undang-undang Cukai Garam segera mempengaruhi rakyat. Keingkaran awam tercetus hampir di semua wilayah. Pada waktu malam 5 Mei, Gandhi telah ditangkap. Beliau sendiri membenarkan dirinya ditangkap kerana ini merupakan sebahagian daripada strateginya. Tiada perbicaraan atau hukuman. Beliau dipenjarakan begitu sahaja.


PERJUANGAN AWAL GHANDI

Pada bulan Ogos 1907, Britain telah memperkenalkan satu akta baru, yang mana akta ini dinamakan Akta Hitam. Akta ini mewajibkan semua Orang India didaftar dan cap jari mereka diambil. Sesiapa yang tidak mempunyai dokumen ini mereka boleh dipenjarakan, didenda atau dihantar pulang ke negara asal. Masyarakat India mendapati akta ini tidak adil kerana ianya hanya ditujukan hanya kepada orang berkulit hitam, perang dan kuning dari Asia. 

Walaupun Ghandi berkulit perang muda, beliau menganggap dirinya berkulit hitam. Masyarakat India tahu agenda orang kulit putih. Dalam satu mesyuarat pilihan raya pada bulan Januari 1907, General Botha mengisytiharkan bahawa, ”Jika parti saya menang semula dalam pilihan raya ini, kami berjanji akan menghalau keluar kuli-kuli India dari negara ini dalam masa empat tahun”. Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan orang kulit putih ini Gandhi pertama kali menyuarakan konsep Satyagraha yang bermaksud ‟kuasa kebenaran‟ atau ‟kuasa kasih sayang‟. Ini bermaksud menegakkan kebenaran bukan dengan menyebabkan penderitaan pada pihak lawan tetapi sebaliknya menanggung penderitaan itu sendiri. 

Kaedah ini melibatkan lebih daripada hanya ‟tentangan pasif‟ kerana memerlukan perhubungan yang positif dan berterusan antara kedua-dua belah pihak yang bertelingkah demi mencari perdamaian mutlak. Konsep Satyagarha yang diguna pakai oleh ahli di mana ahli tidak boleh melawan walupun dipukul, dihina dan ditangkap. Sebaliknya mereka mesti tabah dan sabar kerana cara ini dapat menjatuhkan maruah pihak lawan, bukan untuk mengalahkan mereka tetapi untuk melembut hati mereka. Pada bulan Januari 1908 Gandhi dipenjarakan selama dua bulan kerana enggan mendaftar dan menghasut beribu-ribu orang India untuk memulaukan undang-undang tersebut. 

Kesan daripada itu ramai orang India telah menyeberangi sempadan Transvaal secara haram bagi membantah undangundang yang tidak adil. Gandhi berasa senang hati dihukum penjara kerana baginya ”Jalan sebenar untuk mencapai kebahagiaan mutlak ialah dengan dipenjarakan dan merasai penderitaan di penjara demi kepentingan negara dan agama”. Ketika memberhentikan kempennya, Gandhi telah terkenal dan dihormati di Afrika Selatan dan India. Beliau telah terkenal sebagai seorang negarawan yang terkenal dengan kejujuran, kecekapan dan keberanian. 

Akhirnya pada tahun 1914, Gandhi dan Jeneral Smuts, pemimpin dan negarawan kaum orang kulit putih Afrika Selatan, telah berbincang untuk mencari penyelesaian yang akan memberi masyarakat India lebih kehormatan diri. Kempen keingkaran awam Gandhi telah berhasil dan merupakan kempen pertama seumpama ini yang berjaya. Akhirnya Akta Pembebasan Orang India akhirnya diluluskan.


SATU PERUBAHAN ASAS

Selama 21 tahun berada di Afrika Selatan, kepercayaan Ghandi semakin mendalam. Prinsip-prinsip Hindu, Bhagavad Gita, meresapi cara dan gaya hidupnya. Pegangan politik Gandhi dipengaruhi oleh kepercayaannya. Kepercayaan ini mempengaruhi tentang cara beliau berpakaian, makan dan menjalani kehidupannya. Orang British menyalah tafsir kelakuannya sebagai ganjil dan hanya satu fesyen semasa. Gandhi juga tidak menolak agama-agama lain dan meminjam secara bebas prinsip agama Budha, Kristian, Jain dan Islam. 

 Faktor ini menyebabkan beliau dianggap sebagai seorang Hindu yang bukan ortodoks dan dibenci oleh pengikut agama Hindu yang kuat. Gandhi memegang satu prinsip teragung dalam kitab Baghavad Gita ialah Samakhava yang bermaksud manusia tidak boleh membiarkan diri mereka terganggu akibat kesakitan atau keseronokan. Mereka harus bekerja untuk kebenaran tanpa merisaukan kegagalan atau mengharapkan kejayaan. Beliau memberi satu penumpuan khusus kepada cara-cara untuk membawa perubahan. 

Selain daripada itu Gandhi juga mengamalkan prinsip Aparigraha, yang bermaksud tidak memiliki harta duniawi. Kekayaan rohani boleh dicapai dengan hidup miskin tanpa memiliki banyak harta. Ahimsa bermaksud sebagai tanpa kekerasan terhadap segala yang bernyawa. Ini merupakan satu lagi prinsip ajaran agama Hindu yang diamalkan oleh Gandhi. Prinsip ini memberi erti bahawa segala yang bernyawa tidak boleh dicederakan. Oleh itu Gandhi tidak memakan dan mencederakan haiwan. Warisan dan senjata Gandhi yang terkemuka ialah Satyagarha. 

Perkataan ciptaan Gandhi ini diterjemahkan sebagai tanpa kekerasan atau tentangan pasif. Amalan inilah yang menyebabkan Gandhi disayangi dan amat dihormati oleh pihak yang ditentangnya. Gandhi banyak berubah semasa di Afrika Selatan. Beliau mendisplinkan jasmani serta rohaninya dan menyekat perasaan tamak, tidak mementingkan diri sendiri serta hawa nafsu untuk keseronokan dan kebendaan duniawi. Sebagai contoh, walaupun beliau berjaya dalam bidang perundangan, beliau mendermakan semua hartanya untuk menubuhkan ashram iaitu sebuah ladang dan masih lagi beroperasi sehingga ke hari ini Oleh yang demikian Gandhi berjaya dalam bidang politiknya kerana berdasarkan kepercayaan rohaninya yang mendalam. 


KEPULANGAN GANDHI KE TANAH AIR 

Gandhi kembali ketanah air pada bulan Januari 1915 ketika berusia 45 tahun. Kepulangan Gandhi disambut oleh orang ramai kerana kejayaan beliau di Afrika Selatan. Gandhi juga mengambil keputusan tidak akan berkempen untuk hak-hak rakyat india sehingga beliau mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah-masalah di India. Walaupun begitu beliau telah menubuhkan ashram di Sabarmati berdekatan dengan bandaraya Ahmedabad. Pengikut-pengikut wanita dan lelaki bersetuju untuk hidup mengikut peraturan Gandhi. Peraturan-peraturan tersebut berasaskan pegangan agama yang Gandhi pelajari dan patuhi ketika di Afrika Selatan. Kehidupan mereka berlandaskan kejujuran, kebenaran, kemiskinan dan pembujangan. Mereka mengamalkan pemakanan sayur-sayuran yang sederhana, hidup beribadat dan berkhidmat untuk masyarakat. Gandhi sangat terkenal pada masa itu kerana beliau seorang pejuang hak rakyat. Khususnya, beliau telah membela nasib kaum luar kasta dan para petani serta pekerja kilang yang miskin. Gandhi menjadi begitu berpengaruh sehinggakan pada lewat tahun 1917. Sewaktu perang dunia pertama beliau telah dipanggil ke Delhi. Wizurai, pemerintah India yang mewakili kerajaan Inggeris di India, memohon pertolongan Gandhi untuk menyeru sukarelawan India berjuang untuk pihak Inggeris dan Empayar. Tindakan ini mengejutkan banyak pencinta kedamaian. Gandhi masih percaya bahawa Briatin memperjuangkan kebaikan. Serperti di Afrika Selatan dahulu, beliau juga percaya bahawa jika orang India muhukan hak sebagai rakyat Empayar, mereka perlu berkhidmat untuk Empayar apabila diminta berbuat demikian. Dengan itu Gandhi dan sukarelawan telah berjuang disisi askar Inggeris dan juga askar dikawasan jajahan British yang lain. Banyak askar-askar India yang terkorban. Pihak British dan sekutu mereka memenangi peperangan tersebut dengan kos yang amat tinggi. Askar-askar India juga sedar bahawa mereka telah memenangi hak untuk kehormatan, kesaksamaan dan harga diri. Satu perasaan baru tersebar luas. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, askar-askar India dikecewakan. Persefahaman dan janji-janji Britain tentang pemerintahan sendiri yang dibuat semasa perang tidak dikotakan. Kuasa darurat perang dan sekatan terhadap kebebasan diteruskan selepas perang. Perbicaraan tanpa juri dan hukuman penjara tanpa bicara juga dikekalkan. Rakyat India terasa tertipu. Ternyata pihak British tidak ada niat langsung untk menyerahkan jajahan mereka yang paling diminati dan menguntungkan. 


KEMPEN YANG PERTAMA 

Untuk yang pertama kali, Gandhi memutuskan untuk menentang kerajaan Inggeris di India dengan cara mengadakan mogok awam. Semua perniagaan serta kedai ditutup dan semua pekerja mogok. Ini memulakan perjuangan selama 28 tahun yang membawa kepada berakhirnya pemerintahan British di India. Bantahan awam yang dianjurkan oleh Gandhi bertukar menjadi rusuhan di Delhi, Ahmedabad, Lahore dan Amristar. Gandhi mengecam mereka yang menimbulkan rusuhan dan memberhentikan kempen ini. Ini jelas kepada Gandhi bahawa mereka perlu dilatih tentang ketaatan sebelum sesuatu kempen keingkaran awam berjaya. Sebagi penebusan untuk keganasan dan rusuhan yang terjadi, Gandhi telah berpuasa selama 72 jam dan menyeru orang ramai berpuasa selama 24 jam.


PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI AMRITSAR 

Tarikh 13 April 1919 merupakan titik hitam dalam sejarah India. Satu perjumpaan haram telah diadakan di Amristar, bandar suci orang Sikh. Perjumpaan itu diadakan di sebuah padang terbuka yang dikelilingi di tiga sisi oleh dinding tinggi dan dikenali sebagai Jallianwalla Bagh. Satu keputusan yang ganas telah diambil Oleh Janeral Dyner, komander tentera British di situ dengan cara menembak ke arah orang ramai yang tidak bersenjata. Langsung tiada ruang untuk orang ramai melarikan diri. Askar-askar tersebut telah menembak selama 10 minit dan seramai 379 orang terbunuh dan lebih 1200 yang tercedera. Selapas peristiwa itu Dyer berkata, ”Saya fikir tindakan saya itu adalah yang terbaik.” Ketika berhadapan dengan Suruhanjaya Penyiasat, dia berkata, ”Ya, tidak mustahil untuk menyuraikan mereka tanpa melepaskan tembakan tetapi saya mahu menghukum mereka.” Tindakan Jeneral Dyer telah menggerakkan Gandhi menceburi bidang politik. Beliau sedar bahawa penjajahan Inggeris perlu ditumpaskan. Beliau memulangkan dua pingat perang British yang dianugerahkan kepadanya dan mengambil alih pucuk pimpinan gerakan kebangsaan India. Orang Inggeris perlu meninggalkan India. 


PEMBAHARUAN KONGRES 

Kongres yang diketuai oleh Gandhi menjadi satu pertubuhan demokratik yang besar dan mempunyai cawangan di seluruh negara, sekalipun di kampung-kampung kecil. Pada bulan Disember 1920, Kongres di Najpur meluluskan ketetapan yang dikemukakan oleh Gandhi untuk Swaraj atau kerajaan pemerintahan sendiri. Pemimpin Islam mahu terus menjadi sebahagian daripada Empayar British dan selepas ketetapan diluluskan, mula hilang minat pada Kongres. Pemimpin-pemimpin Hindu dan Islam mula berpecah belah. Pada tahun itu juga di Najpur, Kongres menuntut kebebasan kaum luar kasta dan juga agar industri-industri kampung dihidupkan semula. Gandhi benci akan layanan buruk yang diberikan kepada kaum luar kasta oleh orang Hindu yang berkasta. Beliau melihat layanan buruk itu sebagai satu cemuhan dan ancaman terhadap agama Hindu. Beliau mahu akan penyatuan yang berasaskan kesamaan. 


MEMINTAL UNTUK KEJAYAAN 

Roda pintal yang boleh dilipat akhirnya akan menjadi satu lambang perjuangan kepada Gandhi dan pengikut-pengikutnya. Roda pintal menjadi lambang kebebasan. Gandhi melihat kerja memintal dan menenun sebagai satu cara untuk memulihkan ekonomi kampung dan membasmi kemiskinan. Beliau berpendapat tahap kemiskinan yang begitu teruk dikampung-kampung disbabkan oleh penduduk bandar dan kilang kain British yang telah menghancurkan perusahaan kraftangan kampung. 

 Gandhi menarik perhatian orang ramai dalam banyak perkara. Beliau memberi tumpuan kepada bermacam-macam masalah. Beliau mengambil berat tentang jalan yang kotor, tabiat oaring meludah, ketidaksopanan dalam keret api, pengabaian petani miskin dan yang paling penting soal kekerasan. Sepanjang tahun 1921, beliau telah menjelajah seluruh India untuk menyampaikan amanat bahawa kemerdekaan akan dicapai dengan tidak bekerjasama dengan Inggeris. Para pengikut Gandhi memulaukan pakaian asing, ketika ini Gandhi telah memakai doti yang menjadi begitu terkenal. 

Pada bulan Oktober 1921, sebuah jawatankuasa penyiasat kongres menyeru askar dan kakitangan awam supaya mogok kerja. Pejabat guaman ditutup. Pengajian di sekolah dan maktab juga tergendala. Orang-orang kampung enggan membayar cukai. Menjelang bulan Disember, 20 000 orang telah dipenjarakan kerana keingkaran awam dan hasutan. Keadaan di India semakin buruk. Pada bulan Februari 1921, 22 orang konstabel polis dibunuh oleh sekumpulan perusuh yang mengamuk semasa kempen keingkaran awam di Chauri Chaura. Gandhi segera memberhentikan penentangan terhadap kerajaan di seluruh India sehinggakan ada yang kecewa dan merasa dikhianati. 

Namun, Gandhi tetap dengan pendiriannya yang tidak akan mengorbankan prinsip tanpa kekerasan. Peringkat pertama perjuangan mereka telah sampai kepenghujungnya. Kongres telah menunjukkan kehebatan dan kekuatannya. Ini telah jelas dengan beratus-ratus ribu orang bersedia membuat pengorbanan yang besar, meletakkan jawatan dan dibuang kerja serta menghadapi risiko dipenjarakan demi kebebasan. Hal ini telah menambah keyakinan Gandhi bahawa kempen tanpa kekerasan akan berjaya jika para penyokongnya amat terlatih dan lebih berdisiplin. Beliau berpuasa selam lima hari untuk menebus dosa atas pembunuhan di Chauri Chaura. 

 Bagi pihak Inggeris pula mereka tidak boleh lagi menganggap kongres itu benda yang remeh. Sebaliknya mereka perlu mengiktiraf tuntutan para pejuang kebangsaan India. Bantahan terus berlaku selepas Gandhi dipenjarakan . Anak lelaki Gandhi, Minalal dan para pembantah diserang dan dipukul di kepala dengan kejam oleh askar-askar. Oleh sebab itu mereka patuh kepada peraturan tanpa kekerasan, mereka tidak melawan balik. Mereka rebah di tempat mereka berdiri kerana dipukul bertalu-talu. Mereka terus bergerak dengan penuh keyakinan. Dengan gerakan teratur dan tanpa perasaan, polis telah menyerang dan memukul barisan pembantah sehingga mereka rebah. Tiada tentangan dan tiada pergelutan. 

Para pembantah hanya bergerak ke hadapan sehingga mereka direbahkan. Kejadian ini berulang berjam-jam lamanya. Dua orang terbunuh dan seramai 320 orang cedera. Dalam masa setahun sahaja, Gandhi telah pergi ke Istana Wizurai untuk berunding dengan wakil Maharaja secara sama rata. Siri rundingan mereka menghasilkan Pakatan Irwin-Gandhi. Ini merupakan satu perjanjian yang antara lain membenarkan penghasilan garam secara bebas. Kempen keingkaran awam telah dihentikan dan mereka yang dipenjarakan dibebaskan. Kongres juga akan mendapat tempat perwakilan di Persidangan Imperial Kedua di London pada bulan Oktober 1930. 


PERSIDANGAN MEJA BULAT 

Pada bulan Ogos 1931,Gandhi belayar ke Britain sebagai wakil tunggal Kongres Kebangsaan India. Beliau tidak menaruh banyak harapan di persidangan tersebut. Beliau telah menambat hati banyak rakyat British dan meyakinkan banyak lagi untuk menyokong keadilan perjuangannya. Orang Inggeris tertarik dengan perincian tentang peribadi Gandhi, pakaiannya dan pemakanannya. Gandhi bukan seorang yang mementingkan kebendaan. Beliau tidak mengutamakan kekayaan tetapi beliau benci akan kemiskinan teruk dan menindas. 

Gandhi mengatakan bahawa beliau tidak keraguan bahawa England dan penduduk bandar di India perlu bertanggungjawab atas 'jenayah' kemanusian yang tiada bandingannya dalam sejarah. Kejayaan peribadi Gandhi amatlah besar tetapi persidangan itu gagal. Dengan itu, beliau berasa hampa tetapi tidak berputus asa. Beliau pulang ke India dan tidak ke Britain lagi. Dalam tempoh tiga minggu selepas Gandhi pulang ke India, beliau telah dipenjarakan. Tindakan berpuasa Gandhi telah membawa beberapa pembaiakan kehidupan kaum luar kasta Gandhi elar Harijan iaitu 'Anak-anak Tuhan'. Mereka bukan sahaja disentuh bahkan telah dipeluk oleh kaum Hindu yang lain. 

Selepas beliau dibebaskan dari penjara pada tahun 1933, Gandhi memulakan perjalanan sejauh 12000 batu untuk mengutip derma bagi kaum luar kasta. Dalam tahun-tahun yang sunyi itu,Gandhiji mengurangkan penglibatan langsungdalam hal-hal Kongres dan menumpukan perhatian kepada amal kebajikan. Beliau juga sering berusaha untuk satu perkara yang penting bagi dirinya iaitu perpaduan orang Hindu dan Islam. Keraguan sama ada pihak Inggeris terpaksa meninggalkan India dalam tempoh beberapa tahun terjawab oleh peristiwa-peristiwa pada tahun 1939. Kebangkitan fahaman Facis di Eropah tidak kelihatan sebagai satu ancaman nyata di India. 

Pada bulan Ogos 1942, Gandhi menuntut pihak Inggeris supaya meninggalkan India. Beliau memberitau Jawatankuasa Kongres Seluruh India. Gandhi tidak sedar kesan tindakannya itu tetapi apa yang pasti ialah beliau berasa kesal dengan rusuhan teruk yang berlaku selepas tuntutan 'Tinggalkan India'. Selang beberapa hari selepas beliau ditangkap, setiausahanya yang taat, Mahadev Desai, tiba-tiba meninggal dunia. Kemudia isterinya pula sakit. Ketika Kasrurba nazak, Gandhi memangku isterinya. Enam minggu selapas kematian isterinya, Gandhi telah dibebaskan. Beliau sakit teruk dan Wizurai khuatir lebih banyak urusan akan berlaku sekiranya Gandhi mati dalam penjara. 


PERALIHAN KUASA 

Kemenangan Pihak Berikat pada akhir Perang Dunia Kedua iaitu tahun 1945, menandakan permulaan tamatnya fahaman kolonial. British kini lemah dan kerajaan Parti Buruh yang baru dipilih terpaksa memberi kemerdekaan kepada India. Semasa peperangan iaitu semasa pemimpin-pemimpin Kongres berada di penjara, Parti Liga Muslim yang ditubuhkan oleh Jinnah telah mendapat sokongan yang semakin padu untuk membentuk sebuah negara Islam bernama Pakistan. Idea pemecahan India dibenci oleh Gandhi dan juga Kongres. Kerajaan Parti Buruh Britain yang baru mencuba buat kali terakhir untuk mengekalkan kesatuan India dan menghantar sebuah rombongan kabinet ke Delhi pada tahun 1946. 

Perundingan berlanjutan tiga bulan tetapi gagal kerana Kongres dan Liga Muslim tidak mempercayai satu sama lain. Lord Wavell, yang  menjadi Wizurai, menjemput anak murid Gandhi iaitu Jawaharlal Nehru membentuk sebuah kerajaan sementara. Nehru memohon bantuan Jinnah untuk mengendalikan kerajaan itu dan menawarkan beberapa jawatan kerajaan kepada Liga Muslim. Namun Jinnah tidak dapat persetujuan. Pada bulan Ogos, Liga Muslim memutus untuk mengadakan 'Hari Tindakan Langsung' sebagai membantah 'Kerajaan Kongres' dan memaksa pihak British mengiktiraf tuntutan mereka untuk sebuah negara lain. Ini mengakibatkan keganasan teruk di kawasan Culcutta. 

Seramai 4000 orang terbunuh dan 15000 lagi tercedera akibat tembakan, menikam dan pembakaran. Berita-berita ini amat mengejutkan Gandhi. Beliau memutuskan untuk mengasingkan diri di Benggala Timur sehingga mesyarakat Hindu dan Islam dapat hidup bersama secara aman. Katanya,”Saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan di sana, tetapi saya tahu jiwa saya tidak tenteram jika saya tidak pergi." Dari Benggala, Gandhi pergi ke Bihar. Mangsa rusuhan di Bihar merupakan masyarakat Islam dan bukannya orang Hindu. 

Menjelang bulan Mac, Gandhi mengadakan ibadat berjemaah untuk cuba memujuk orang Islam kembali ke rumah mereka dan mengumpul derma daripada orang Hindu untuk kebajikan orang Islam. Sebulan kemudian, rusuhan dan pembunuhan berhenti. Kucar-kacir yang berterusan di India di sebalik usaha-usaha Gandhi menakutkan kerajaan Inggeris. Jinnah masih berkeras menuntut pemecahan dan keazaman pihak Kongres pula semakin lemah. Kesukaran mencapai kata sepakat dan kebimbangan tentang kemungkinan tercetusnya perang saudara menyebabkan Perdana Menteri Britain, Attlee, mengambil satu keputusan yang berani. 

Pihak British akan menyerahkan kuasa selewat-lewatnya pada bulan Jun 1948. Wizurai baru dan terakhir yang dilantik untuk tugas ini adalah Lord Louis Mountbatten. Mountbatten yang muda dan bertenaga diberi kuasa sepenuhnya untuk mengendalikan tugas itu dan beliau mempunyai segala maklumat yang perlu. Beliau tiba di Delhi pada bulan Mac 1947 dan dengan serta merta menghantar perutusan kepada Gandhi untuk menemuinya.

Dalam masa enam minggu, pasukan Mountbatten yang bekerja siang dan malam telah menghasilkan satu Rancangan Kemerdekaan. Mohamed Ali Jinnah tidak begitu bersetuju dengan rancagan ini. Walaupun beliau menuntut pemecahan, beliau tidak berpuas hati dengan apa yang di sifatkannya sebagai 'Pakistan yang dimakan rama-rama.' Perbezaan pendapat utama ialah mengenai dua kawasan penting di India Utara iaitu Benggala dan Punjab. 

Jinnah menuntut pemecahan kerana khuatirkan orang Islam akan ditenggelami oranng Hindu India. Menurut Mountbatten dan Kongres, "Dengan hujah yang sama, kedua-dua kawasan yang anda mahukan berada dalam Pakistan tetapi mempunyai kumpulan minoriti bukan Islam dalam jumlah yang besar, perlu juga dipecahkan." Kemerdekaan dicapai tidak lama kemudian. Kebanyakan raja telah diyakinkan, disogok, ditakutkan atau dipujuk supaya menyertai India baru. Pakistan menjadi sebuah negara dengan dua bahagian yang terpisah lebih daripada 800 batu. 

Bahagian timur Pakistan, Banggala Timur, berpecah daripada Pakistan pada tahun 1971 dan menjadi Bangladesh. Tanggal 15 Ogos 1947 merupakan hari paling bersejarah bagi kebanyakan rakyat India. Satu per lima daripada penduduk dunia mencapai kemerdekaan pada hari tersebut. Segala perbalahan serta permusuhan yang berlaku antara orang India dan Inggeris sejak berdekat-dekat lalu seolah-olah lenyap dan hilang begitu sahaja. Di merata-rata tempat orang menyambut kemerkaan dengan gembira dan meriah. Idaman Gandhi tentang kesatuan yang diperjuangkan sepanjang hayatnya telah ditolak. Beliau terasa diabaikan oleh rakan-rakan yang dicintainya. 

Pada bulan Ogos 1947, Gandhi berada di Calcutta. Walaupun dirinya terasa sedih dan tersingkir, Gandhi masih boleh membawa keberanian, tentangan dan juga keampunan kepada orang lain, Calcutta telah pun mengalami satu tahun keganasan yang dahsyat sebelum ketibaan Gandhi. Beliau memaklumkan kepada orang ramai bahawa beliau akan mula berpuasa hingga mati di Calcutta dan hanya berbuka puasa sekiranya keganasan ditamatkan. Dalam masa empat hari, pemimpin-pemimpin penduduk Calcutta membawa kepada beliau janji bertulis untuk berdamai dan Gandhi sekali lagi dapat berbuka puasa. Di Punjab di sebelah utara, pihak berkuasa juga telah menjangkakan rusuhan akan berlaku lalu menempatkan 55000 orang askar di situ. Mereka terperanjat dengan keganasan yang berlaku dan bilangan pelarian yang terpaksa meninggalkan rumah. 

Walau bagaimanapun, Gandhi telah berjaya membawa keamanan setelah beliau tiba di situ. Pada bulan September, Gandhi telah membuat perjalanan yang terakhir pulang ke Delhi. Ibu kota itu dijilat api akibat persengketaan kaum. Tiada siapa tahu berapa banyak nyawa terkorban sepanjang tragedi keganasan itu tetapi anggaran 200 000 orang mungkin terlalu rendah. Lebih 15 juta orang meninggalkan India untuk ke Pakistan atau sebaliknya. Gandhi mula berusaha untuk membantu. Gandhi melawat khemah-khemah pelarian. Gandhi menyampaikan amanatnya semasa ibadat berjamaah harian yang lazimnya diadakan di Rumah Birla iaitu tempat beliau tinggal. Beratus-ratus orang hadir dan beribu-ribu lagi mendengar melalui radio. 

Gandhi merasakan berdoa sahaja tidak memadai. Pada bulan Januari 1948, beliau mengumumkan hasrat beliau untuk berpuasa hingga mati. Pada hari ketiga puasanya, kerajaan India telah dipujuk oleh Gandhi supaya memberi wang pampasan yang banyak kepada Pakistan. Banyak orang Hindu yang marah. Mereka menyangkakan Gandhi berpuasa demi membantu orang Islam yang sedang berperang dengan India di Kashmir. Pelarian Sikh dan Hindu mengadakan tunjuk perasaan di luar Rumah Birla. 

Gandhi akhirnya berpuas hati dengan janji perdamaian yanng diberikan kepadanya oleh pemimpin-pemimpin masyarakat di Delhi. Mereka berjanji untuk berusaha habis-habisan bagi memulihkan kedamaian dan persahabatan seperti sedia kala biarpun nyawa mereka sendiri tergadai. Gandhi berbuka puasa pada hari yang keenam. Pada waktu petang, seperti lazimnya, beliau akan mengendalikan ibadat berjamaah. Ketika salah satu upacara inilah, sebutir bom telah dilemparkan. Walau bagaimanapun, tiada orang tercedera.


GANDHI MENINGGAL DUNIA 

Pada hari terakhir hayatnya, Gandhi bangun pada jam 3.00 pagi. Suasana di Delhi sejuk lagi tenang. Sepanjang hari itu, beliau bekerja, bermesyuarat dan beribadat. Pada pukul 5.00 petang, selepas satu perjumpaan dengan Sardar Patel, Gandhi bergegas keluar rumah kerana beliau sudah terlambat sedikit untuk ibadat petang. Robert Stimson, seorang wartawan Inggeris yang berada di sana melaporkan, ”Seperti biasa, beliau memakai doti putih dan sepasang capal. Beliau menutup dadanya dengan selendang kerana cuaca hari itu semakin sejuk. Tangannya diletakkan di atas bahu dua orang temannya dan beliau tersenyum . 

 Ketika itu, kira-kira dua hingga tiga ratus orang berada di taman dan mereka mendekati Gandhi sambil beliau menaiki tangga untuk ke sebuah halaman kecil yang tinggi di tempat jemaah berkumpul. Semasa beliau tiba di tangga teratas dan mendekati orang ramai yang berada di situ, beliau mengangkat tangan dari bahu temannya untuk memberi salam. Seorang lelaki gempal yang berusia dalam lingkungan 30-an dan berpakaian askar berada di barisan hadapan. Dia maju selangkah menghala Gandhi lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan." 

Sebenarnya, seorang pelampau Hindu muda yang tidak siuman dari Poona, bernama Nathuram Godse, merupakan pembunuh Gandhi. Godse kemudiannya dihukum gantung bersama seorang lagi pengkomplot yang lain. Lima orang lagi telah dihukum penjara seumur hidup. Pembakaran jenazah Gandhi dilakukan di tebing sungai suci Jumna di Rajghat. Sejuta orang menantikan ketibaan jenazah beliau. Ramdas menyalakan unggun api yang membakar jenazah ayahnya. Unggun api itu menyala selama 14 jam. Abu jenazah Gandhi ditaburkan ke dalam sungai-sungai suci di India dan laut di Bombay. Menurut Nehru, ”Saya silap apabila mengatakan cahaya telah padam. 

Cahaya yang menyinari negara ini bukannya cahaya biasa. Cahaya yang telah menerangi negara ini untuk sekian lama akan terus meneranginya. Walaupun 1000 tahun berlalu, cahaya ini masih akan kelihatan di negara ini dan dunia juga pasti akan dapat melihatnya.Cahaya ini akan menenangkan jiwa manusia. Cahaya ini melambangkan kebenaran yang nyata dan insan abadi itu telah bersama kita dengan kebenarannya yang abadi untuk mengingatkan kita tentang jalan yang benar, menghindarkan kita daripada membuat kesilapan dan membawa negara purba ini menuju kebebasan." 

Cahaya yang dimaksudkan ialah Gandhi. Cahaya beliau ialah akalnya dan merupakan lambang kewarasan dalam dunia yang penuh kegilaan. Kejayaan Gandhi yang terbesar ialah menyediakan rakyat India untuk menghadapi kemerdekaan. Sepanjang hayatnya, beliau mengajar tentang kebenaran dan kebersihan. Beliau mengajar masyarakat Hindu berbangga akan kebudayaan dan adat resam mereka. Gandhi dapat memahami perasaan golongan miskin dan mereka juga boleh menerimanya. Beliau disayangi oleh semua orang termasuk orang Islam. Banyak orang India menganggap Gandhi sebagai lambang sebenar India. Kemiskinan dan sifat rendah dirinya mencerminkan kehidupan mereka.


Thursday, December 4, 2008

TOPIK 4 : Teori Kedatangan Islam

Pengenalan

-Sebelum kedatangan Islam, masyarakat di Asia Tenggara menganut agama Hindu dan Buddha.
-Secara umunnya, sejarawan kemukakan tiga teori tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara,iaitu
(a)Semenanjung Tanah Arab
(b)China
(c)India


Teori + Bukti Islam dtg dr S.T.Arab:

1.Bukti yg dikemuka Oleh John Crawford
-Cttn China- org Arab dan Parsi ada pusat petempatan dan perniagaan di Canton (Amoy) sjk thn 300M.
-Pedagang Arab tlh kuasai pdgn laut dr pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga China.
-Pdg Arab singgah di pelabuhan utama sbl teruskan pelayaran ke China.
-Pelabuhan di Selat Melaka jadi tempat menunggu pertukaran angin Monsun utk ke China.
-Pedg Arab menetap di rantau ini slm bebrp bulan sblm belayar Ke China.
-Ada di antara mrk bina perkmpgan di rantau A.T- tapak utk berdg, kumpul brgn, jualan dan beli brgn mewah dr India dan China.
-Smtr tunggu pertukaran angin monsun, para pdg Arab bincang dan interaksi dgn pdg tmpt ttg kepercayaan dan agama.
-Org tempatan tertarik dgn agama Islam krn:
- Kemurnian Islam
- Kejujuran, kebersihan, dan hemah tinggi yg ditunjuk Oleh para pdg Islam.
-Ada di atr pdg Arab ini berkahwin dgn gadis tmpt.
-Cttn China- wujudnya sebuah perkpgan Arab Islam, iaitu Ta Shih di Sumatera Utara pd thn 650M.

Bukti Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas:
-Bukti: - Tulisan Jawi diambil drp perkataan Arab.
-Wujudnya persaman di atr bhn penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dgn yg terdpt di Tanah Arab.
-Adat resam dan kebudayaan org Melayu terpengaruh dgn budaya Arab, misalnya:
- amalan menghormati tetamu
- muzik melayu spt dabus dan tarian zapin.


Bukti Tambahan:
-Pd prgkt awal, kebyk kitab agama yg dihasil dlm BM terpengaruh dgn bhs dan gaya penulisan Arab. Misalnya, Hikayat Nabi Bercukur.
-Kitab yg dikarang oleh ulama tmp pd prgkt awal tidak ada unsur China,@ India.
-Terdpt guna bhs Arab dlm Kitab tmp spt hadis,Quran, dan tauhid. Ini bukti bhw sumber rujukan adalah dr STA.
-Canton (Guang Zhou ) - pusat perniagaan di klg pdg Islam berketurunan Arab sejak abad ke-9 Masihi.
-Agama Islam disebar ke China mll kgtn pedgn para pdg Islam ini.
-Pdg Cina Islam yg brdg di A.T pula sebarkan agama Islam kpd masy A.T.

Nilai-Nilai Universal Antara Tamadun

INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI

TAMADUN ISLAM
 Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan.
 Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab.
 Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan.
- Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.
- Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
- Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.

TAMADUN CHINA
-Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China.
-Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa.
-Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:-
a) hubungan maharaja dengan rakyat
b) hubungan bapa dengan anak
c) hubungan abang dengan adik
d) hubungan suami dengan isteri
e) hubungan kawan dengan kawan
-Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.
-Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.

TAMADUN INDIA
-Unit penting dalam tamadun India.
-Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat.
-Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India.
-Walaupun hubungan darah yang dikiradaripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.


KOMUNITI

TAMADUN ISLAM
-Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun Islam.
Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan, malah hubungan sesama agama(ukhwah) dan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam.
-Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.
-Asas hubungan individu dalam Islam:-
a) ikatan kekerabatan
b) persamaan agama
c) ikatan kemanusiaan
-Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian bermaksud sama rata.
-Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.
-Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.
Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.

TAMADUN CINA
-Pembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan masyarakat cina-kuasa lelaki dan bapa.
-Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.
-Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran.

TAMADUN INDIA
-Berbeza daripada tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai peraturan yang ketat.
-Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta.
-Penentuan kasta seseorang adala secara ascribed iaitu diwarisi daripada nenek moyang.
-Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut.
-Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti.
-Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggota masyarakat.
-Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota.

Wednesday, December 3, 2008

Topik 3 : Interaksi Pelbagai Tamadun

Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina, India,Jepun,Eropah).

PENGENALAN
- Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik.
- Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun
- Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun.


Interaksi Tamadun India dan China
- Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M.
- Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi
- Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China
- Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.


Kesan:

1.Penyebaran Agama Buddha
- Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi
- Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran
- Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme
- Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali)
- Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka)

2. Sains dan Teknologi
- Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas
- Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India
- Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru
- Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian
- Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme
- Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.
- Seni muzik India – alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou


INTERAKSI TAMADUN MELAYU – TAMADUN INDIA

- Bermula seawal abad ke-3 SM
- Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg “Malayadvipa” (Semenanjung Melayu)
- Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas
- Suvarnabhumi (tanah emas) – gelaran diberi kpd Tanah Melayu

Kesan:
1.Penyebaran Agama
- Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.
- Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

2.Sistem Pemerintahan
- konsep “Dewaraja” (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan
- Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja
- Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.

3.Struktur Masyarakat
- Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa.
- Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat ‘feudal’ dalam kehidupan masyarakat Melayu

4.Adat resam dan Budaya
- Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan jampi & mentera
- Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi,
- Masyarakat ‘India Chittyan’ memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu

5. Bahasa
- Pengaruh bahasa Sanskit
- Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu
- Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit

Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru)
Bhakti = bakti
Bhumi = bumi
Dosa = dosa
Drohaka = derhaka
Maharddhika = merdeka
Prakara = perkara
Rupa = rupa
Samicra = mesra
Tathapi = tetapi
Vela = bila

6.Kesusasteraan
- Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata
Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana
- Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma
- Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos
- Turut diadaptasikan dlm wayang kulit


INTERAKSI TAMADUN MELAYU – TAMADUN CINA

- Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China
- Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M
- Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh
- Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China
- Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah.
- Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai “Baba dan Nyonya” @ “Peranakan”
- Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg “Cina Selat” @Straits Chinese

Kesan:

1. Penyebaran Agama
- Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan
- Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

2. Warisan Cina Peranakan
- Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.
- Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
- Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien
- Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan
- Pakaian kebaya dan kain sarong

3. Kebudayaan
- Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.
- Adat memberi ang pau yang bermaksud ‘sampul merah’

4. Perubatan dan Teknologi
- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan ‘yin’ dan ‘yang’
- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser.
- Teh Cina ataupun ‘green tea’
- Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan
- Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin


TAMADUN EROPAH-TAMADUN LAIN

Perkataan Eropah berasal daripada Europe – berhubung kait dengan lagenda.
- Europa – anak perempuan Raja Tyre dari pantai Phoenicia (hari ini dikenali sbg Lubnan) jatuh hati dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke Crete
Konotasi – dgn melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete – memindahkan pencapaian tamadun-tamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996)

Tamadun Eropah
Empat zaman yang nyata tamadun Eropah:
1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m)
2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek)
3)Zaman Penguasaan Yunani ō Iskandar Zulkarnain
4)Zaman Graeco-Rom/Helenistik

-Zaman Pertengahan : Awal (476 m)
-Kejatuhan Empayar Rom & kemunculan Krjn orang Gasar Charlemagne.
- Sist. Feudalisme, perkembangan agama Kristian pesat
Zaman Pertengahan : Kemuncak & Akhir (1050 m)
Kegemilangan politik, ekonomi & sosial.
- Zaman Awal Moden (1500 m)
Gerakan Renaisans & Reformasi diikuti ō Revolusi Sains.
- Zaman Moden (1800 m hingga hari ini).
- Zaman penyerlahan – revolusi Perancis 1789.
- Revolusi Perindustrian England 1780an.


INTERAKSI CHINA DAN JEPUN
Berlaku secara aman.
Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun.
Dari segi agama dan tulisan
- agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto)
- Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)
Perkembangan intelektual dan kesusasteraan.
- Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman.
- Struktur pembinaan bandar.
- Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga.
- Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.
- Sistem pemerintahan berpusat


Nilai-nilai Universal Antara Tamadun
1. KETERBUKAAN
-Prinsip bertolak ansur diamalkan dalam menggarap idea dari tamadun lain.
Sbg contoh tamadun Yunani berkongsi peradaban mereka dengan tamadun India,China,Iran.
-Contoh keterbukaan Islam menerima idea luar tetapi menapisnya terlebih dahulu.Kubah masjid berasal dari seni bina Graeco-Roman

2. KESEJAGATAN
-Mengimbangi tamadun dengan sifat semulajadi manusia dan mengiktiraf keistimewaan manusia.
Cth:pengaruh falsafah Yunani terhadap Islam namun perbahasan tentang falsafah dan kekuatan akal tidak dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam.
-Keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh tamadun manusia.


PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

- Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi.
- Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya:

1. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam.
2. Keluarga-asas pembentukan masyarakat
3. Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia.
4. Kerajaan-moral/akhlak sangat penting,para sarjana spt Moh-Tze,Kautilya,Mawardi membincangkannya dlm buku masing-masing
5. Ekonomi-moral semesta
6. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia
7. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistik

Like TITAS

Followers

Subhanallah!

Anda Suka Blog Ini???

Beri Sokongan