Tamadun Cina dalam pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia.
Prospek
Globalisasi: Masalah dan Cabaran Dari segi persejarahannya, negara Malaysia
merupakan satu dataran bagi pertembungan beberapa tamadun utama Timur dan Barat
kerana kedudukannya dari segi geografi. Akibatnya kini, Malaysia mempunyai
sebuah masyarakat majmuk dengan berbilang kelompok etnik masing-masing
mempunyai tradisi budaya yang berakar umbi dalam tamadun-tamadun yang
bertembung itu. Hakikat ini serta implikasi-implikasinya bagi pembinaan negara
perlu disedari dan diambil kira oleh para pemimpin dan rakyat
Di peringkat global, kemajuan sains dan teknologi telah meningkatkan taraf
hidup manusia pada kurun ke-20 dan awal kurun ke-21 ini yang memungkinkan
terbentuknya zaman informasi (teknologi maklumat). Proses globalisasi dalam
zaman informasi ini turut melibatkan
Dalam proses globalisasi ini, wujud masalah-masalah dalam zaman informasi. Walaupun banyak kemajuan yang telah dicapai dalam zaman moden ini, namun manusia masih menghadapi masalah-masalah yang berkesinambungan semenjak dahulu dan baru yang lebih mencabar. Antara masalah-masalah tersebut ialah pertama, pembangunan ekonomi dan kebendaan jauh lebih pesat berbanding dengan pembangunan kerohanian. Kedua, oleh sebab pengagihan kekayaan yang tidak seimbang, sebilangan besar manusia masih menghadapi masalah- masalah akibat kemiskinan dan kemunduran. Ketiga, institusi keluarga dan perkahwinan menjadi semakin lemah atau longgar kerana diserap oleh unsur- unsur negatifmodenisasi, mengakibatkan kemerosotan ketenteraman sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan sesetengah masyarakat moden. Dan keempat, akibat eksploitasi sumber alam secara besar-besaran, pencemaran alam sekitar dan gangguan keseimbangan ekologi akan mengancam kehidupan manusia. Masalah-masalah tersebut disebabkan oleh kemerosotan akhlak dan kelemahan manusia sendiri, seperti kecenderungan kepada amalan rasuah, sifat tamak haloba, sifat mementingkan nafsu, sifat mementingkan diri dan sikap materialistik. Justeru itu, dimensi moral dan etika adalah penting dan harus diambil kira demi mengatasi masalah-masalah ini.
Cabaran-cabaran
yang dihadapi oleh rakyat
1. Masyarakat yang demokratik, mengamalkan "demokrasi
2. Masyarakat
yang bermoral dan beretika dengan rakyatnya berpegang kuat pada nilai-nilai
agama dan rohaniah serta mempunyai standard etika yang tertinggi.
3. Masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi, supaya rakyat yang
berbilang kaum bebas mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama masing-masing
tanpa keterasingan.
4. Masyarakat yang berkebudayaan penyayang yang berteraskan satu sistem sosial
yang memegang pada konsep kepentingan kolektif mendahului kepentingan individu,
dan satu institusi keluarga yang teguh supaya kebajikan warganya berkisar pada
keluarga, dan bukan pada kerajaan atau negara.
Dapat dirumuskan bahawa cabaran yang dihadapi oleh
Pada tahun-tahun 1990-an, kerajaan
2020. Antaranya, Multimedia Super Corridor (MSC) yang merupakan satu projek
untuk memenuhi keperluan telekomunikasi antara negara dengan dunia pada zaman
informasi ini. Projek ini akan melibatkan banyak pelaburan dalam pembangunan
tenaga manusia demi perkembangan teknologi peraiatan (hardware) dan program
perisian (software). Selain itu,
Sejak
Julai 1997,
Tamadun Cina: Kesesuaiannya di Malaysia dan Dunia
Berdasarkan
masyarakat ideal yang digambarkan di atas, Wawasan 2020 terus menyatakan
pelbagai wawasan rakyat
Dalam bidang politik, nilai utama yang diberikan tumpuan ialah integrasi nasional (perpaduan nasional). Selain itu, yang ditekankan ialah mengenai ideal demokrasi (khasnya kematangan, kemuafakatan, komuniti sebagai tumpuan), keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara. Tamadun Cina yang berasaskan humanisme dan moralisme memang menekankan keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal demokrasi seperti yang terkandung dalam The Grand Unity sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dalam bidang sosial, yang diidamkan ialah sebuah masyarakat bermoral dan beretika, berkebudayaan penyayang, bersifat terbuka dan toleransi, bersifat bebas untuk mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama, bersifat saintifik dan progresif, dan berasaskan institusi keluarga yang kukuh. Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, tamadun Cina dalam proses perkembangannya telah menerima banyak pengaruh agama dan kebudayaan asing kesan daripada interaksi dengan tamadun lain. Tamadun Cina memang bersifat terbuka dan bertolak ansur. Selain itu, sistem etika Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga semata-mata dan mengutamakan kebaikan hati (benevolence atau cohumanity) serta keharmonian dalam hubungan antara sebarang entiti (individu, kelompok, alam). Oleh itu, ajaran Konfusianisme mungkin memberi banyak implikasi bagi pemupukan kebudayaan penyayang dan pembangunan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan budaya.
Dalam bidang psikologi, rakyat
Dalam bidang ekonomi, keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang
penting. Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara
adil saksama dan pekerjaan tidak dikenal pasti dengan ras. Sebenarnya keadilan
pengagihan kekayaan adalah salah satu ideal dalam The Grand Unity. Selain itu,
terdapat banyak nilai dalam tamadun Cina yang patut ditekankan dalam aktiviti
ekonomi. Misalnya, kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab (komitmen),
integriti dan ketaatan akan memanfaatkan
pertubuhan perniagaan secara langsung; nilai etika seperti keharmonian,
kesetiaan, kesopanan, kepatuhan kepada norma dan peraturan, disiplin din,
semangat bekerjasama dan sebagainya mungkin memberi implikasi yang positif bag!
teori organisasi, tingkah laku organisasi, pengurusan perniagaan dan psikologi perindustrian.
Dalam bidang pendidikan, pendidikan merupakan kunci pembangunan dan medium
untuk merealisasikan Wawasan 2020. Banyak inovasi dan ciri baru diperkenalkan
ke dalam sistem pendidikan sejak tahun 1990. Kita harus mengambil satu
perspektif perbandingan supaya kebijaksanaan dan fikiran Konfusianisme dan
tradisi lain dapat digunakan dalam segala pertimbangan mengenai perkembangan
kurikulum dan strategi mengajar dan pengajaran. Dalam konteks ini,
warisan-warisan tamadun Cina yang relevan dan menarik hati ialah pertama,
kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan
individu atau berkelompok; kedua, pendidikan sentiasa diutamakan; ketiga,
kepercayaan bahawa setiap individu harus dan boleh dididik; keempat,
pembentukan keperibadian atau ajaran moral dan etika diberikan keutamaan; dan
kelima, guru harus dihormati dan diberi status sosial yang tinggi. Nyatalah
bahawa warisan-warisan ini adalah berpunca daripada humanisme, personalisme,
intelektualisme dan moralisme dalam tamadun Cina.
Dalam bidang pemeliharaan alam sekitar, isu ini menjadi semakin runcing dan
memerlukan persetujuan konsepsi dan kerjasama di permgkat sedunia. Secara
asasnya, manusia perlu merujuk kepada tradisi yang menekankan serta mengamalkan
hubungan harmoni antara manusia dengan alam semulajadi. Sehubungan ini, tamadun
harus berdialog antara satu dengan yang lain supaya mencapai satu konsepsi yang
rasional mengenai alam, kaitannya dengan manusia dan kewajipan manusia bagi
mengatasi kemerosotan mutu alam sekitar. Mengikut ajaran sama ada
Konfusianisme, Daoisme atau Buddhisme dalam tamadun Cina, manusia berkedudukan
setaraf dengan alam, maka manusia harus berusaha memahami prinsip-prinsip alam
semesta (tian) supaya tercapai satu keadaan yang dikenali sebagai "kesatuan
tian dengan manusia". Fahaman mengenai alam dan keadaan kesatuan ini
adalah bersifat transendensi dan bukan empirik. Walau apapun, keharmonian yang
tertinggi darjahnya harus diusahakan dalam hubungan manusia dengan alam
semesta.
Kekuatan Tamadun Cina sebagai sumber rujukan
Selain daripada adanya kaitan tamadun Cina, khasnya sistem nilainya dengan
Malaysia dan dunia dalam konteks pembentukan semula sistem etika, perlu
ditekankan di sini bahawa terdapat tiga kekuatan tamadun Cina sebagai sumber rujukan.
Pertama, dan sudut
kesesuaian. Ideal Konfusian mengenai penubuhan sesebuah negara beretika
bersesuaian dengan Wawasan 2020. Kedua-duanya mempunyai konsepsi yang sama
mengenai kepercayaan, ideal dan nilai.
Khususnya, keluarga dianggap sebagai satu institusi sosial penting yang
seharusnya dipelihara dan dipertahankan. Tambahan lagi, Malaysia sebagai satu
negara-bangsa moden amat komited terhadap pembangunan pendidikan, berdasarkan
kepercayaan pada perkembangan sepenuh potensi manusia peringkat perseorangan.
Dalam hal ini, ideologi Konfusianisme yang berteraskan humanisme,
humanitarianisme, intelektualisme dan rasionalisme, adalah secocok dengan
fikiran pendidikan moden di Malaysia dan dunia.
Kedua, dari sudut skop yang komprchensif. Sungguhpun Konfusianisme
dikembangkan lebih kurang 2,500 tahun dahulu, konsepsinya mengenai perhubungan
sosial, iaitu Lima Perhubungan (wulun), adalah sahih lagi komprehensifsehingga
masa kini. Dalam Konfusianisme, nilai, sifat moral dan prinsip etika yang
berkisar kepada lima perhubungan sosial adalah penting dan cukup sesuai untuk
memberi ilham kepada mereka yang memikirkan satu sistem nilai yang sewajarnya.
Dan ketiganya, dari sudut kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan. Wawasan
Konfusian mengenai masa depan manusia, seperti yang dinyatakan dalam The Grand
Unity amat berkaitan dengan masyarakat global. Pada tahun- tahun kebelakangan
ini terdapat ramai sarjana yang terlibat dalam perbincangan tentang kaitan
tamadun Cina dengan dunia moden dalam pelbagai bidang termasuk politik,
ekonomi, pendidikan, ketenteraan, pemeliharaan alam sekitar, pengurusan
perniagaan, perubatan dan kesihatan. Pelbagai pendapat tentang keistimewaan
atau keunikan dan juga kelemahan-kelemahan dalam tamadun Cina telah diutarakan.
Sebilangan kecil mereka menegaskan bahawa tamadun Cina yang wujud dan
berlangsung beribu-ribu tahun itu mempunyai unsur-unsur yang kurang sesuai pada
masa kini. Namun, pada keseluruhannya, kebanyakan sarjana percaya bahawa
tamadun Cina mempunyai unsur positif dan kebijaksanaan seperti yang telah
dibincangkan. Tegasnya, seperti tamadun- tamadun lain yang memiliki jangka
hayat yang lama, tamadun Cina yang kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan akan
terus menjadi satu sumber inspirasi yang relevan bagi manusia pada kurun ke-21.
No comments:
Post a Comment