Thursday, November 20, 2008

TOPIK 1 & 2 : Pengenalan dan Konsep Asas Tamadun

TOPIK 1 : PENGENALAN ILMU TAMADUN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MELAYU

Pengenalan Tamadun
Sukar untuk menentukan takrif yang tepat tentang tamadun
sama ada dari perspektif barat ataupun Islam. Ia berpunca dari
kesukaran memilih istilah yang tepat bagi mengungkapkan
konsep tamadun.

Islam – madaniyyah- umran-hadarah-tamaddun
Barat - civilization-kebendaan- material

Definisi:
Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian tamadun. Hal ini boleh dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa berikut:

Bahasa Inggeris
Pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Inggeris berkaitan dengan pengertian tamadun seperti culture, renaissance, enlightment dan civilization.

Bahasa Arab
Sama seperti Bahasa Inggeris, pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Arab berkaitan dengan pengertian tamadun. Antaranya ialah al-‘umran, al-bunyan, ath-thaqafah, al-hadharah, al-madaniyyah dan at-tamaddun.


Bahasa Melayu

Antara terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan pengertian tamadun ialah kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani.

Apabila lahir terminologi al-tamaddun dalam bahasa Arab, maka lahirlah terjemahannya dalam Bahasa Inggeris iaitu civilization. Bahasa Melayu meminjam terminologi Arab menjadi tamadun dengan pengguguran satu ‘d’ terminologi yang terakhir inilah yang popular dan dominant penggunaannya dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu pada masa kini.

Menjelang tahun 1990-an, bahasa Melayu mula menggunakan terminologi baharu iaitu “madani” sebagai tambahan kepada terminologi “tamadun”. Ia juga merupakan pinjaman daripada terminologi Arab iaitu al-madaniah yang diperkenalkan oleh al-Farabi dalam abad ke-11 Masihi yang lalu seperti mana yang terdapat dalam kitabnya As Siyasah al-Madaniyah.

SARJANA ISLAM
IBN KHALDUN- kemuncak pembangunan yang berkait dengan
peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepada
pelbagai aspek industri.popular dengan istilah umran-hadarah

RASYID RIDHA- agama asas tamadun dengan unsur spiritual
sebagai tonggak

SAID HAWA- terbahagi dua, Islam dan Jahiliyah

SAYYID QUTB-kemajuan berteraskan syariat Allah SWT
bercirikan nilai moral Islam

ABU NASIR AL-FARABI-(MT 350 Hijrah) telah memperkenalkan istilah al-Madaniyah dalam abad ke-11 Masihi dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniyah. Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu negara Islam pertama yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Madaniyah yang digambarkan oleh al-Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syariat dan akhlak.

SARJANA BARAT

Darcy Riberio dalam bukunya The Civilization Process berpendapat bahawa tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran.

Clive Bell dalam bukunya Civilization and Old Finds menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun.

Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara.

Toynbee- sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen, ekonomi,politik,pengetahuan dan seni





KESIMPULAN

Takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh daripada sarjana barat.
Ini kerana sarjana barat kurang menekankan unsur keagamaan sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu tamadun.
Sarjana Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam pembinaan dan pencapaian sesuatu tamadun.
Sesungguhnya tamadun Islam itu paling istimewa, mengatasi dan dibezakan daripada tamadun yang lain dalam dua faktor iaitu sumbernya (al-Quran dan as-Sunnah) dan asasnya (akidah, syariat dan akhlak).

CIRI-CIRI TAMADUN
Kemajuan teknologi-besi,inovasi peralatan,matawang…

Sistem pemerintahan dan ekonomi-bina empayar,penggabungan perbandaran berdekatan,peningkatan hasil negara

Urbanisasi-pembentukan bandar baru

Organisasi sosial-sistem yang tersusun

Kepercayaan dan agama-dipengaruhi faktor agama

Tulisan dan bahasa-mempunyai sistem yang canggih

Budaya dan kesenian- mempengaruhi rakyat

MATLAMAT UMUM TITAS
Secara umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai al-Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap kepada manusia. Ia juga akan memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, Khulafa’ AR-Rashidin dan pada zaman pemerintahan Islam yang seterusnya. Keadilan sistem pemerintahan Islam pada zaman awal kebangkitan Islam dapat dibuktikan melalui fakta-fakta sejarah yang telah disepakati oleh sejarawan. Ciri-ciri ketamadunan Islam yang telah dipaparkan melalui sistem pemerintahan Islam daripada pelbagai zaman sewajarnya difahami dan dihayati oleh semua generasi umat Islam dan bukan Islam.

OBJEKTIF TITAS- Menyatupadukan rakyat Malaysia dan menerapkan nilai-nilai murni yang ada pada setiap tamadun di negara kita berteraskan tamadun Melayu.
- Meningkatkan persefahaman dan menimbulkan rasa hormat antara kaum di Malaysia.
- Membuka minda tentang Tamadun Dunia dan memahami aspek-aspek penting ketamadunan.
- Merintis jalan ke arah pemikiran global, kritis, rasional dan terbuka.
- Pendedahan fikiran ke arah toleransi, kasih sayang dan keamanan sejagat.
- Pengisian minda ke arah mencapai Wawasan 2020.



TOPIK 2 : KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
TAKRIF TAMADUN ISLAM
Berkisar di sebalik tiga istilah utama umran, hadarah,madaniyyah.

SARJANA ISLAM
Naquib Al Attas:
Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Di dukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummah
Al-Syirazi-perbincangan ttg sesuatu kekuasaan,kehebatan,kemakmuran,kemajuan sesuatu bangsa,pemerintahan yang berilmu,beradab,kemajuan industri,pembangunan ekonomi

PRINSIP-PRINSIP TI
1. Memelihara agama
Fitrah semulajadi manusia hendakkan agama,manusia bebas memilih agama masing-masing….
Firman Allah SWT….surah Al Baqarah
“tiada paksaan dalam beragama”
Menyerah diri kpd Allah dgn mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan…

2. Memelihara nyawa atau jiwa
Menjamin nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain
Larangan membunuh dan membunuh diri
Firman Allah…Surah Al Maidah 5:32
Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah membunuh manusia seluruhnya….


3. Memelihara akal
Mengharamkan minuman keras
Firman Allah.Surah Al Maidah 5:90
Wahai org yang beriman,sesungguhnya minuman arak,berjudi,berkorban utk berhala,mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan itu,agar kamu mendapat keberuntungan..

4. Memelihara maruah dan keturunan
Mensyariatkan perkahwinan….
Poligami
Haramkan zina,pergaulan bebas lelaki perempuan
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar.
( Surah al-Israa’ 17:31 )

5. Memelihara harta
Firman Allah SWT
Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan.
Al-Qasas 28:77
Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :
Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.
( Surah al-Maa’idah 5:38 )

6. Memelihara hak kebebasan
Hak Allah SWT:bebas dari taklid,alam bukti kewujudan Allah,bebas dari kesesatan
Hak Manusia: bebas bergerak,bebas bersuara,bebas berpersatuan,bebas beragama




SUMBER-SUMBER TI
1. AL-QURAN
Mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia
yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai khalifah bagi
membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan kehendak
Allah SWT

2. HADIS
Menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah
Dan larangan Allah SWT di dalam Al-Quran

3. IJMAK,QIYAS,ISTIHSAN…
4. AKAL FIKIRAN
5. PENEMUAN BARU


MATLAMAT TAMADUN ISLAM
1. Hubungan manusia dengan Allah SWT
Rukun Islam dan Rukun Iman
Ibadah umum dan ibadah khusus
Mematuhi syariat yang telah ditetapkan

2. Hubungan manusia dengan manusia
Sistem muamalah dan kemasyarakatan
Berdasarkan konsep manusia yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya

3. Hubungan manusia dengan alam sekitar
Manusia yang mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kpd kesejahteraan di muka bumi melalui sumber alam yang sedia ada
Tidak melakukan perkara yang merosakkan alam sekitar

4 comments:

kaq nor said...

sino1989salam...
blh x sy nk dptkn info tntg interaksi antara tamadun jpun dan eropah

maisarah said...

kalau boleh, sertakan sekali soalan2 mengikut topik yg biasa ditanya...

haba said...

Jom daftar dengan sistem pembelajaran TITAS secara online. Lengkap dengan nota semua topik. Soalan-soalan tutorial beserta contoh jawapan. Pakej powerpoint pun ada. Paling ISTIMEWA latihan soalan-soalan tahun lepas dan ramalan secara interaktif. Semuanya di hujung jari cuma klik klik... jom... http://www.e-panduan.com/exam

Anonymous said...

xwujud p0n laman web ni http://www.e-panduan.com/exam

Like TITAS

Followers

Subhanallah!

Anda Suka Blog Ini???

Beri Sokongan